Page 91 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 91
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
a. Guru menyediakan kad imbas “TEKMEN SPROKON” menggunakan kertas A4
berwarna.
b. Menyediakan satu perenggan mengandungi contoh jawapan lengkap yang
menggunakan kaedah “TEKMEN SPROKON” dan dicetak pada kertas A4 warna
berbeza. (Penggunaan warna dalam kehidupan penting sebagaimana yang dinyatakan
oleh Tony Buzan bahawa “People are 80% likely to remember what they read if it’s in
colour.”)
c. Sebelum masuk ke kelas, guru akan memastikan bahawa kad imbas dan contoh
jawapan lengkap “TEKMEN SPROKON” mencukupi untuk setiap murid.
Jadual 5.5 Langkah-langkah Pendedahan “TEKMEN SPROKON”
Langkah 1 Guru memberi kad imbas dan contoh set jawapan lengkap “TEKMEN
SPROKON”
Langkah 2 Guru meminta pelajar membandingkan kad imbas “TEKMEN SPROKON”
dengan contoh set jawapan lengkap yang menggunakan “TEKMEN
SPROKON”
Langkah 3 Guru mengemukakan soalan dan meminta pelajar membina jawapan
lengkap berpandukan bingkai “TEKMEN SPROKON” .
Langkah 4 Pelajar membentangkan jawapan di hadapan kelas - Sumbang saran.
Langkah 5 Guru kemukakan jawapan sebenar.
Langkah 6 Latihan Pengukuhan
Jadual 5.6 Langkah-langkah Penggunaan “TEKMEN SPROKON”
Langkah 1 Kemukakan fakta
Langkah 2 Huraikan kepentingan fakta (Huraian Pro)
Langkah 3 Ramalkan peristiwa yang berlaku jika fakta tidak diamalkan (Huraian
Kontra)
Langkah 4 Contoh peristiwa
Langkah 5 Kesimpulan Kecil (Penegasan idea/Pengukuh huraian KBAT)
90 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

