Page 90 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 90

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            5.2.2   Pelajar memberikan maklum balas positif dan membina (Jadual 5.4) terhadap soal
            selidik yang diberikan berdasarkan persetujuan mereka (1. Sangat tidak setuju, 2. Tidak
            setuju, 3. Kurang setuju, 4. Setuju dan 5. Sangat setuju).


                Jadual 5.4 Bilangan Pelajar Yang Memberi Maklum Balas Mengikut Persetujuan


             Bil  Skala                                            1    2    3    4    5
             1    Sebelum “TEKMEN SPROKON” diperkenalkan saya  0        0    0    0    16
                  sukar menjawab soalan “Bincangkan”.
             2    Soalan “Bincangkan” mudah dikuasai walaupun tanpa  16  0   0    0    0
                  “TEKMEN SPROKON”

             3    Saya lebih mudah memahami teknik menjawab  0          0    0    5    11
                  soalan “Bincangkan” selepas guru memperkenalkan
                  “TEKMEN SPROKON”
             4    Saya lebih menguasai kemahiran menjawab soalan  0     0    0    5    11
                  “Bincangkan”   selepas   guru   memperkenalkan
                  “TEKMEN SPROKON”
             5    Saya dapat menyususn idea dengan baik dan lancar  0   0    0    4    12
                  menggunakan “TEKMEN SPROKON”
             6    Saya dapat menjimatkan masa menjawab dengan
                  menggunakan “TEKMEN SPROKON”
             7    Saya  akan  menggunakan  “TEKMEN  SPROKON”  0         0    0    0    16
                  setiap kali menjawab soalan “Bincangkan”.
             8    “TEKMEN SPROKON” mampu meningkatkan prestasi  0       0    0    7    9
                  saya dalam peperiksaan


            5.3    Tindakan Yang Dijalankan


            Tinjauan awal yang dijalankan mendapati bahawa pelajar lemah dalam penguasaan
            kemahiran  menjawab  soalan  esei  “Bincangkan”  kerana  sebahagian  besar  pelajar,  iaitu
            87.5 % tidak mengambil subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat SPM dan sikap pelajar
            gemar  “menghafal”  sesuatu  pembelajaran.  Selain  tidak  menguasai  Kemahiran  Berfikir
            Aras Tinggi (KBAT) untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan. Sashipriya
            Nadraja  (2014)  menyatakan  bahawa  masalah  kemahiran  berfikir  ini  adalah  kelemahan
            utama dalam sistem negara di mana sistem yang sedia ada hanya melahirkan pelajar
            yang kurang berkemampuan dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pemikiran
            kritikal dalam konteks di luar akademik. Oleh itu, guru berasa amat bertanggungjawab
            untuk memberikan didikan dan bimbingan yang terbaik kepada semua pelajar khususnya
            dalam kemahiran menjawab soalan “Bincangkan”. Untuk mengatasi masalah ini, kaedah
            “TEKMEN SPROKON” diperkenalkan dalam kajian ini berdasarkan proses kerja berikut:




                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  89
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95