Page 128 - Teks Tanah Kebun
P. 128
Azaika SR
Pertempuran antara jet pejuang tentera
udara Negara Naga Sakti dan Negara Debunga
Wangi pun berlaku dengan sengitnya. Pasukan jet
pejuang tentera udara kedua-dua negara tersebut
sama kuat dan sama hebat. Ramai anggota tentera
udara kedua-dua negara yang terlibat dalam
peperangan yang berpunca daripada perebutan
Pulau Payung terkorban. Demikian juga dengan
kemusnahan jet-jet pejuang milik kedua-dua
Negara. Baik di pihak Negara Naga Sakti mahupun
di pihak Negara Debunga Wangi.
Panglima Muda Lintang yang mengetuai
pasukan tentera udara Negara Naga Sakti dalam
peperangan ini lalu menghubungi Panglima
Bentara Betong. Menerusi alat perhubungan yang
terdapat dalam jet pejuang yang dipandunya.
Untuk melaporkan pertempuran yang berlaku
antara pasukan jet pejuang Negara Naga Sakti
yang dipimpinnya. Dengan jet pejuang Negara
Debunga Wangi.
“Panglima jet pejuang mereka sukar untuk
dikalahkan. Ramai anggota kita yang terkorban.”
“Apa? Mereka sukar untuk ditewaskan.
Bukankah jet pejuang kita lebih canggih daripada
mereka?” Terkejut Panglima Bentara Betong
apabila mendengar apa yang dilaporkan oleh
Panglima Muda Lintang itu.
“Benar, panglima! Tapi mereka dapat juga
memusnahkan jet pejuang kita. Walaupun tidak
secanggih jet pejuang yang kita miliki,” jelas
Panglima Muda Lintang lagi.
128
Teks Tanah Kebun.indd 128 03/06/2020 16:42:31

