Page 132 - Teks Tanah Kebun
P. 132
Azaika SR
“Kita berperang dengan Negara Debunga
Wangi. Bukannya sesama sendiri. Kan lebih baik
panglima bertiga duduk berbincang. Mencari
strategi yang terbaik untuk mengalahkan angkatan
perang Negara Debunga Wangi. Daripada saling
menyalahkan antara satu sama lain. Kerana
kegagalan strategi yang kita gunakan. Untuk
menumpaskan mereka!” bentak Dato’ Laksamana
Rentaka lagi dengan panjang lebar.
Kemarahan yang ditunjukkan oleh Dato’
Laksamana Rentaka menjadikan ketiga-tiga
panglima perang Negara Naga Sakti itu lantas
terdiam.
Pemilihan pengerusi persatuan mahasiswa
akan diadakan tidak lama lagi. Bujang dicalonkan
untuk bertanding memegang jawatan tersebut.
Ternyata Bujang mendapat pencalonan yang tinggi
dari kalangan mahasiswa. Menentang Daik
penyandang jawatan selama tiga penggal berturut-
turut.
“Kau sememangnya layak, Bujang. Untuk
dicalonkan bertanding dalam pemilihan pengerusi
persatuan mahasiswa,” ujar Teruna.
“Kan ramai lagi yang layak. Yang boleh
dicalonkan untuk bertanding dengan Daik. Aku ni
mana ada kewibawaan. Untuk mengetuai
persatuan mahasiswa di universiti ni,” Bujang
sebaliknya merendah diri.
“Kau sebenarnya berwibawa, Bujang. Tapi
kau yang tidak menyedarinya. Sebab itulah mereka
mencalonkan kau,” ujar Dara pula.
132
Teks Tanah Kebun.indd 132 03/06/2020 16:42:32

