Page 131 - Teks Tanah Kebun
P. 131

Tanah Kebun



              angkatan udara Negara Naga Sakti. Menumpaskan
              angkatan perang musuh Negara Debunga Wangi.
                     “Nampaknya     sia-sia  saja  misi   kita,
              laksamana. Mereka tidak  dapat dikalahkan!”
              Panglima Bentara Dali  mengapi-apikan Dato’
              Laksamana Rentaka.
                     “Benar  sekali  apa yang dikatakan oleh
              Panglima Bentara Dali  tu,  laksamana!” sokong
              Panglima Bentara Gagang.
                     “Sudah pasti  ini  akan mendatangkan
              kemarahan  kepada  ketua negara  kita. Panglima
              Bentara Betong  mesti  bertanggungjawab dalam
              perkara ini!” tambahnya lagi.
                     Mendengarkan sahaja kata-kata  pedas
              yang dikeluarkan oleh  Panglima  Bentara  Dali dan
              Panglima  Bentara  Gagang itu  lantas  menjadikan
              Panglima Bentara Betong naik berang.
                     “Dato’!  Jangan  bercakap sedap mulut  aje.
              Sebagai   panglima   yang    ditugaskan   untuk
              menjalankan misi  negara ini  saya tahu apa
              akibatnya  bila gagal melaksanakannya.  Tak perlu
              dato’ berdua nak menghukum  saya. Hanya
              laksamana yang kini berada di depan kita saja
              yang berhak untuk  melakukannya  ke atas saya!”
              Dia  meninggikan suara sambil  memandang muka
              Panglima Bentara Dali  dan Panglima Bentara
              Gagang silih  berganti.  Bersama  rasa kemarahan
              yang teramat sangat jelas nampak di wajahnya.
                     Pertikaman lidah antara mereka bertiga itu
              pantas dileraikan oleh Dato’ Laksamana Rentaka.
                     “Sudah!” tengkingnya.



                                     131






 Teks Tanah Kebun.indd   131                                  03/06/2020   16:42:31
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136