Page 133 - Teks Tanah Kebun
P. 133

Tanah Kebun


                     Apa yang dikatakan oleh Dara itu disokong
              penuh Teruna. Sambil mengangguk-anggukkan
              kepala dia bersuara.
                     “Memang benar  sekali dengan  apa yang
              kau cakapkan tu, Dara!  Keberanian kau Bujang
              menyuarakan  pendangan  tentang krisis yang
              berlaku sekarang  antara negara kita dengan
              Negara Naga Sakti yang berpunca  daripada isu
              persempadanan  dan kedaulatan Pulau Payung
              sewaktu  dalam  kuliah  Tamadun Negara  memang
              menarik  minat  aku termasuk  rakan-rakan lain
              untuk  menghayatinya. Sehingga apa yang kau
              suarakan  itu mendapat  pujian daripada  Profesor
              Alam Kesuma. Rata-rata termasuk profesor sendiri
              bersetuju dengan pandangan  yang kau lontarkan
              itu. Bahawa isu ini sebenarnya dapat diselesaikan
              melalui perundingan  antara kedua-dua  buah
              negara yang terlibat. Dan bukannya memilih jalan
              untuk  berperang  sebagai kata pemutus,” dia
              menyambung lagi.
                     “Itulah   sebenarnya     kelebihan   dan
              kehebatan yang ada pada diri  kau, Bujang. Cara
              kau yang bijak  berkata-kata maka  sewajarnyalah
              kau dipilih  oleh  kawan-kawan kita.  Untuk
              bertanding dalam pemilihan  jawatan  pengerusi
              persatuan  mahasiswa. Yang  akan  diadakan  tak
              lama lagi,” Dara mencelah.
                     “Aku yakin  dengan kewibawaan  dan
              kebolehan yang kau miliki  kau akan dapat
              menyandang jawatan ini,” tambah Teruna pula.
                     “Tambah pulak semua mahasiswa  yang
              belajar  di  universiti  ini  memberikan sokongan



                                     133






 Teks Tanah Kebun.indd   133                                  03/06/2020   16:42:32
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138