Page 15 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 15
undian sama ada menolak atau menerima sesuatu rang undang-undang dibuat (hanya DR berhak
menolak) – Jika perlu dan dipersetujui oleh kedua-dua dewan, rang undang-undang akan
diserahkan ke peringkat Jawatankuasa.
- Peringkat Jawatankuasa
- Bacaan ketiga
75. Nyatakan 3 kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
- Melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli Dewan Rakyat
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan
Parlimen
- Memohon supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja bagi membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja Melayu.
76. Nyatakan 4 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
- Tidak boleh menjalankan apa-apa tugas sebagai raja di negeri baginda kecuali sebagai ketua
agama Islam, meminda Perlembagaan Negeri dan melantik seorang pemangku raja.
- Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai apa-apa ganjaran wang.
- Tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa-apa syarikat perniagaan dan parti politik.
- Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen/saraan dari negeri baginda
- Tidak boleh keluar negara melebihi 15 hari tanpa keizinan Majlis Raja-raja kecuali untuk urusan
rasmi.
77. Huraikan 2 peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah badan perundangan.
- Merasmi pembukaan persidangan Parlimen. Selagi Yang di-Pertuan Agong tidak merasmi
persidangan parlimen selagi itulah Parlimen tidak boleh bersidang.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui permohonan Perdana Menteri untuk membubar
Parlimen sebelum tamat tempoh 5 tahun.
- Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa
- Meluluskan rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
kecuali perkara 66(4)
- Melantik senator iaitu seramai 40 orang dari kalangan orang banyak berjasa kepada negara dan
yang boleh mewakili golongan minoriti, 2 orang dari Kuala Lumpur, masing-masing seorang
dari Labuan dan Putrajaya
78. Nyatakan 4 kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah badan eksekutif.
- Melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli Dewan Rakyat
- Boleh membuat permintaan supaya suatu mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan semata-mata
untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
atau kebesaran raja-raja dan mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.
- Melantik ahli kabinet atau jemaah menteri atas nasihat dan cadangan Perdana Menteri
- Melantik ahli suruhanjaya, Ketua Audit Negeri dan hakim-hakim mahkamah atasan atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja
- Melantik Yang di-Pertuan Negeri atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua
Menteri negeri berkenaan.
79. Huraikan 2 perbandingan antara 2 kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan
Negeri.
- Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik Perdana Menteri manakala Yang di-Pertuan Negeri
melantik Ketua Menteri
- Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan
Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen manakala Yang di-Pertuan Negeri untuk
membubar Dewan Undangan Negeri
80. Nyatakan 4 peranan/tugas utama Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perlembagaan
Persekutuan.
- Melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta menjaga hak dan
kepentingan sah kaum bukan Melayu
- Menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak beraja dan negeri baginda sendiri
- Berkuasa memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
- Bertanggungjawab mengisytiharkan darurat apabila berlaku sesuatu yang mencemaskan negara
di bawah Perkara 150.
Unit Pengajian Am KISAS Page 15

