Page 16 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 16

81.  Nyatakan 3 tugas yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
                            -   Melantik menteri-menteri kabinet
                            -   Melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar, Hakim-
                                hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah
                                Tinggi
                            -   Baginda menjalankan tugas sebagai Ketua Negara atas nasihat kabinet yang diketuai oleh
                                Perdana Menteri
                         82.  Senaraikan tiga persamaan fungsi Sultan dengan Yang di-Pertua Negeri.
                            -   Melantik ketua kerajaan negeri ( Menteri Besar/Ketua Menteri)
                            -   Mempersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri
                            -   Melantik majistret
                            -   Menganugerahkan pingat-pingat kebesaran negeri
                            -   Merasmi persidangan Dewan Undangan Negeri
                            -   Melantik ahli Majlis Kerajaaan Negeri
                            -   Menjadi Pengerusi Jemaah Pengampunan Negeri
                            -   Mengampunkan kesalahan di mahkamah awam yang dilakukan di negeri masing-masing
                            -   Melantik penghulu mengikut nasihat Kerajaaan Negeri
                            -   Memperkenan atau menyetujui undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Undangan
                                Negeri

                         83.  Huraikan 2 kuasa budi bicara seorang Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri.
                            -   Melantik Menteri Besar/Ketua Menteri yang mendapat sokongan majoriti dari kalangan ahli
                                Dewan Undangan Negeri
                            -   Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan Menteri Besar/ Ketua Menteri untuk
                                membubarkan Dewan Undangan Negeri sebelum tamat tarikh pembubaran

                         84.  Huraikan 2 fungsi Majlis Raja-raja.
                            -   Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan
                                mengikut peruntukan-peruntukan jadual 3
                            -   Mempertimbangkan soal-soal dasar negara dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkan patut
                            -   Menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh
                                Persekutuan
                            -   Memberi nasihat mengenai pelantikan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja seperti
                                pelantikan Ketua Hakim Negara dan Ketua Audit Negara

                         85.  Nyatakan 3 peranan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja.
                            -   Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat
                                Majlis Raja-raja
                            -   Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-
                                Pertuan Agong atau Majlis Raja-raja
                            -   Menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dan menyimpan minit-minit mesyuarat
                            -   Mengesahkan semua keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja
                            -   Memaklumkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong kepada Dewan Rakyat dan Dewan
                                Negara
                            -   Mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja seperti menentukan tarikh puasa dan tarikh
                                hari raya

                         86.  Nyatakan 4 tugas Ketua Setiausaha Negara.
                            -   Penasihat utama kepada Perdana Menteri dalam hal-hal  pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                            -   Bertindak sebagai setiausaha dalam Mesyuarat Kabinet
                            -   Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang
                                dianggotai oleh semua Ketua Setiausaha Kementerian
                            -   Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan
                                Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan
                                Kerajaan Negeri.

                         87.  Huraikan 2 fungsi Jemaah Menteri dalam sistem pemerintahan Malaysia.
                            -   Menggubal dasar-dasar Kerajaan Persekutuan sama ada dasar dalam negara dan luar negara
                            -   Memberi arahan pelaksanaan dasar untuk dilaksanakan sama ada di peringkat
                                kementerian, jabatan dan peringkat kerajaan negeri

                      Unit Pengajian Am KISAS                                                     Page 16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21