Page 17 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 17
- Membentuk Jawatankuasa Kabinet seperti Jawatankuasa Kabinet Bencana Alam, Jawatan kuasa
Kabinet Pelaburan Asing dan Jawatankuasa Kabinet Perpaduan.
88. Nyatakan 3 syarat kelayakan sebagai seorang Perdana Menteri.
- Mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
- Mestilah mendapat sokongan majoriti dari kalangan ahli Dewan Rakyat
- Memperolehi kewarganegaraan secara kuatkuasa undang- undang.
- Mendapat perkenan Yang diPertuan Agong
89. Nyatakan 4 tugas seorang Perdana Menteri.
- Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
- Menamakan senarai menteri kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
- Menyelaraskan dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan
- Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara
90. Nyatakan 3 kementerian yang mengakaunkan kewangannya sendiri.
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Kesihatan
91. Senaraikan tiga fungsi kabinet sebagai badan pelaksana eksekutif kerajaan Persekutuan.
- Membentuk atau menggubal dasar kerajaan
- Mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam senarai kerajaan
Persekutuan
- Memberi nasihat kepada yang diPertuan Agong berkaitan dengan pentadbiran negara
- Menangani segala masalah dan kecemasan yang melanda negara
92. Nyatakan 3 majlis yang ditubuhkan oleh kabinet.
- Majlis Keselamatan Negara
- Majlis Tindakan Negara
- Majlis Perancang Negara
93. Huraikan 2 fungsi sesebuah kementerian.
- Merancang dan menggubal dasar-dasar, mengawal serta menyelaraskan program
yang terletak di bawah portfolio menteri
- Mengesan dan mengawal pelaksanaaan program-program yang dijalankan oleh
agensi pelaksana di bawahnya
94. Nyatakan 3 orang ahli ex-officio.
- Setiausaha Kerajaan Negeri
- Penasihat Undang-undang Negeri
- Pegawai Kewangan Negeri
95. Jelaskan 2 keadaan penglibatan pegawai ex-officio dalam Dewan Undangan Negeri
- Kesemua ahli ex-officio di negeri beraja boleh mengambil bahagian dalam prosiding Dewan
Undangan Negeri tetapi tidak boleh mengundi
- Hanya Pegawai Penasihat Undang-undang negeri sahaja yang boleh mengambil bahagian dalam
prosiding tetapi tidak boleh mengundi di Dewan Undangan Negeri di Negeri Melaka dan Pulau
Pinang
- Kesemua pegawai ex-officio tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam prosiding Dewan
Undangan Negeri di negeri Sabah dan Sarawak
96. Nyatakan 4 pejabat Kerajaan Negeri.
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
- Pejabat Kewangan Negeri
- Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri
- Unit Perancang Ekonomi Negeri
97. Nyatakan 3 peranan Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak.
- Mengurus hal-hal berkaitan pegawai-pegawai perkhidmatan awam di negeri Sabah dan
Sarawak
Unit Pengajian Am KISAS Page 17

