Page 31 - malaysia_2017
P. 31
Kemudian, rombongan Diraja telah berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara.
Di Istana Negara, upacara di Balairung Seri itu bermula dengan Mesyuarat Majlis
Raja-Raja ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani
Surat Sumpah Jawatan yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah.
Memulakan istiadat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Zainal Syed
Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad
V yang kemudiannya melafazkan Sumpah Jawatan sebelum menandatanganinya.
Upacara penuh istiadat yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen
Malaysia (RTM) itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
ISTIADAT PERTABALAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN
MUHAMMAD V
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang berlangsung
pada 24 April 2017 di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu ini adalah
bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai
ketua negara yang baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.
Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu
yang seumpamanya di dunia.
Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja
Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang di-
Pertua Yang di-Pertua Negeri, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
MALAYSIA 31
2017

