Page 33 - malaysia_2017
P. 33

PERASMIAN PEMBUKAAN PENGGAL KELIMA SIDANG PARLIMEN                          PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
              KE-13
              Sultan Muhammad V, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
              di-Pertuan  Agong  berkenan  untuk  merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat
              Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 pada 6 Mac 2017 di Bangunan Parlimen.
              Keberangkatan  tiba Seri Paduka Agong  pada 10.30  pagi  disambut  oleh YB Tan
              Sri Datuk  Seri Panglima Pandikar Amin  Mulia,  Yang  di-Pertua Dewan  Rakyat
              dan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara. Turut
              menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah YAB Dato’ Sri Mohd Najib
              Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan isteri, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah
              Mansor serta YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

              Istiadat itu diteruskan dengan alunan lagu kebangsaan, Negaraku yang dimainkan
              Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Perdana, Sungai
              Besi di  sini, diketuai  Kapten  Muhammad Nor Azizan  Yahya diikuti  tembakan
              meriam sebanyak 21  das. Seri Paduka kemudian  berkenan  menerima sembah
              Hormat Diraja daripada Mejar Mohd. Ridhwan Mohd. Basheer daripada Batalion
              Pertama RAMD sebelum berkenan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri
              daripada 104  anggota dan  empat pegawai  dari batalion  sama. Selesai istiadat,
              Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Bilik Diraja untuk bergambar sebelum
              ke  Dewan  Rakyat bagi  menyampaikan  titah  ucapan  perasmian. Persidangan
              Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April sementara Dewan
              Negara bersidang selama sembilan hari dari 17 April 2017.














                                                            MALAYSIA 33
                                                                         2017
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38