Page 35 - malaysia_2017
P. 35
HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN
PENGIKTIRAFAN GLOBAL
ASEAN (Jun – Disember 2016)
Sepanjang bulan Jun hingga Disember 2016, Malaysia telah melibatkan diri di
dalam beberapa mesyuarat utama di peringkat ASEAN seperti berikut:
• Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-49 dan Pasca Persidangan PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
Menteri (ASEAN Ministerial Meeting/Post Ministerial Conferences),
Vientiane, Laos, 21 hingga 26 Julai 2016; dan
• Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan 29 serta Sidang-Sidang Kemuncak
Berkaitan, Vientiane, Laos, 6 hingga 8 September 2017.
Memandangkan tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-25 hubungan dialog
ASEAN-China, ASEAN telah turut mengadakan Sidang Kemuncak Peringatan Ulang
Tahun ke-25 ASEAN-China di Vientiane, Laos. Sidang Kemuncak ini menandakan
kepentingan yang diberikan oleh kedua-dua pihak kepada kerjasama dan
hubungan yang telah terjalin di antara ASEAN dan China.
ASEAN 2017
Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-19, 7 September 2016, Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-29, 7
Vientiane September 2016, Vientiane
Sumber: Laman Sesawang Sekretariat ASEAN (www. Sumber: Laman Sesawang Sekretariat ASEAN
asean.org) (www.asean.org)
Di bawah Kepengerusian Filipina, tema yang telah dipilih adalah Partnering For
Change, Engaging The World.
Setakat bulan April 2017, Malaysia telah melibatkan diri dalam beberapa mesyuarat
utama di peringkat ASEAN seperti berikut:
• Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN, 19 hingga 21
Februari 2017, Borocay, Filipina.
Mesyuarat telah membincangkan hala tuju serantau terhadap usaha-
usaha pembangunan komuniti sebagaimana tertera di dalam dokumen-
dokumen “ASEAN 2025”. Mesyuarat ini juga telah bertukar-tukar
pandangan mengenai hubungan luar ASEAN dan isu-isu serantau dan
antarabangsa.
MALAYSIA 35
2017

