Page 36 - malaysia_2017
P. 36

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50 ASEAN
         PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
            2017 merupakan tahun yang amat bermakna buat ASEAN apabila ia menyambut
            ulang tahun Jubli Emas ke-50. Bersempena ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN
            pada 2017, pelbagai aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 ASEAN telah dirancang.
            Antara aktiviti-aktiviti memperingati ulang  tahun ke-50  ASEAN  di peringkat
            nasional termasuk 1ASEAN Peace World Cycling Tour 2017, Pertandingan Pidato
            ASEAN 2017, ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) dan Sambutan
            Hari ASEAN yang diadakan pada bulan Ogos.

            Aktiviti-aktiviti  memperingati ulang  tahun  ke-50  ASEAN  ini penting  bagi
            meningkatkan  kesedaran masyarakat Malaysia terhadap  Komuniti  ASEAN
            serta  menambah penglibatan  daripada segenap lapisan masyarakat  Malaysia
            terutamanya golongan  belia ke arah Komuniti  ASEAN  yang lebih  berkembang
            maju dan berdaya saing.























































               36  MALAYSIA
                                2017
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41