Page 37 - malaysia_2017
P. 37
ANUGERAH PUSKAS PERSEKUTUAN
BOLA SEPAK ANTARABANGSA (FIFA)
2016
Mohd Faiz Subri penyerang sensasi Pulau
Pinang yang berusia 30 tahun ini telah melakar
sejarah bola sepak negara dan Asia selepas
dinobatkan sebagai pemain Asia pertama
pemenang Anugerah Puskas, anugerah
sempena nama legenda bola sepak Hungary,
Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
hebat bersama pasukan Real Madrid pada
1950-an dan 60-an serta bersama pasukan
kebangsaan negara beliau. Anugerah ini
merupakan anugerah untuk jaringan gol
paling cantik sepanjang 2016 dan Faiz telah membuat jaringan ajaib berpunca
daripada sepakan percuma yang melencong seperti banana kick yang disifatkan
‘melanggar hukum fizik’ dan menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika
aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.
Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo pada 9 Januari
2017 di Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland. Faiz berjaya mengalahkan dua
lagi lawannya iaitu pemain Brasil, Marlone (Corinthians) dan Daniuska Rodriguez
dari Vanezuela dan mencatatkan namanya sebagai pemenang Anugerah Puskas
2016 sebaris dengan pemain handalan yang lain seperti Cristiano Ronaldo (2009),
Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic
(2013), James Rodriguez (2014) dan Wendel Lira (2015).
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING 2016/2017
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) SARAWAK 2016
Sukan Malaysia XVIII, Sarawak 2016 telah dikelolakan oleh Sarawak secara
rasminya pada 23 hingga 31 Julai 2016. Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud pada 23 Julai 2016. Upacara Penutup dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 31 Julai 2016. Kedua-
dua majlis telah diadakan di Stadium Sarawak.
MALAYSIA 37
2017

