Page 38 - malaysia_2017
P. 38

PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
















            Jumlah keseluruhan atlet yang terlibat dalam Sukan  Malaysia XVIII adalah
            sebanyak 4,422 orang. Daripada jumlah itu, 1,453 (32.8 %) adalah atlet di bawah
            Majlis Sukan Negara daripada pelbagai program latihan. 200 atlet (14 %) adalah
            daripada program Kita Juara, 248 (17 %) adalah atlet program Pelapis Kebangsaan/
            Serantau dan 1005 (69 %) adalah atlet daripada program Pelapis Negeri.

            Sebanyak 218 pingat emas, 170 pingat perak dan 176 pingat gangsa telah berjaya
            diperoleh oleh atlet-atlet di bawah program Majlis Sukan Negara ini melalui 272
            acara individu yang telah disertai. Melalui pencapaian atlet-atlet di bawah program
            Majlis Sukan Negara ini, sebanyak enam rekod kebangsaan dan 57 rekod temasya
            telah berjaya diperbaharui  berbanding  hanya satu rekod kebangsaan  dan 17
            rekod temasya pada edisi yang lepas di Perlis.

            Temasya Sukan Paralimpiad ke XVIII telah berlangsung di Sarawak mulai 6 hingga
            10 Ogos 2016 dan disertai oleh 15 buah negeri. Sebanyak sembilan jenis sukan
            dipertandingkan,   terdiri daripada enam sukan wajib dan tiga sukan pilihan.
            Sebanyak  1,407  atlet istimewa daripada  kategori kurang  keupayaan  anggota,
            penglihatan, akal dan spastik bersaing dalam temasya kali ini.

            Kontinjen  Sarawak berjaya meraih kejuaraan buat kali ke-12  berturut-turut
            selepas meraih 84  pingat  emas, 63  pingat  perak dan 73  pingat  gangsa. Diikuti
            tempat kedua oleh kontinjen Johor dengan pungutan 35 pingat emas, 25 pingat
            perak dan 15 pingat gangsa. Tempat ketiga pula berjaya diduduki oleh kontinjen
            dari Terengganu dengan 30 pingat emas, 24 pingat perak dan 19 pingat gangsa.























               38  MALAYSIA
                                2017
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43