Page 39 - malaysia_2017
P. 39
SUKAN OLIMPIK RIO 2016
Temasya sukan terbesar dunia yang berlangsung
di Rio de Jeneiro, Brazil pada 5 hingga 21 Ogos 2016
ini mencipta kejayaan indah buat negara dengan
pencapaian terbaik sepanjang sejarah penyertaan di
Sukan Olimpik.
Seramai 32 orang atlet telah melayakkan diri untuk
bertanding menerusi 10 acara sukan iaitu badminton,
menembak, olahraga, renang, terjun papan anjal, PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
lumba basikal, golf, angkat berat, memanah dan
perahu layar. Kontinjen Malaysia diketuai oleh Tan
Sri Mohamed Al-Amin Majid selaku Chef de Mission
dan Datuk Lee Chong Wei diberikan penghormatan
sebagai pembawa Jalur Gemilang kebanggaan negara.
Seramai lapan orang atlet bagi program Kita Juara
2017 telah berjaya melayakkan diri ke Temasya Sukan
Olimpik Rio 2016 pada Ogos 2016 yang lalu. Senarai
atlet yang layak adalah seperti berikut:
BIL ATLET SUKAN
1 Heidi Gan Marathon Swimming
2 Muhammad Akmal Nor Hasrin Memanah
3 Johnathan Wong Guanjie Menembak
4 Nauraj Singh Randhawa A/L Amarjit Singh Olahraga
5 Zaidatul Husniah Binti Zulkifli Olahraga
6 Nur Shazrin Binti Mohamad Latif Pelayaran
7 Phee Jinq En Renang
8 Welson Sim Wee Sheng Renang
Seramai lapan orang atlet yang berada di bawah Program Podium telah berjaya memenangi
pingat di Sukan Olimpik Rio 2016 seperti berikut:
BIL ATLET SUKAN PINGAT
1 Lee Chong Wei Badminton Individu Lelaki Perak
2 Chan Peng Soon / Goh Liu Ying Badminton Beregu Campuran Perak
3 Goh Wei Shem / Tan Wee Kiong Badminton Beregu Lelaki Perak
4 Pandelela Rinong / Cheong Jun Hoong Terjun 10m Platform Seirama Perak
Wanita
5 Mohd Azizulhasni Awang Berbasikal Trek Acara Keirin Gangsa
Lelaki
MALAYSIA 39
2017

