Page 46 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 46
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 18—(samb.)
Fasal (4)
Fasal ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8,
berkuat kuasa dari 29-08-1963:
“(4) Bagi maksud mana-mana permohonan untuk pendaftaran di bawah mana-mana Perkara
tersebut, seseorang hendaklah disifatkan sebagai berkelakuan baik melainkan jika dalam
tempoh tiga tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu—
(a) dia telah disabitkan oleh suatu mahkamah berwibawa di mana-mana negara atas
suatu kesalahan jenayah yang kerananya dia telah dihukum mati; atau
(b) dia telah ditahan kerana dihukum penjara selama dua belas bulan atau lebih yang
dikenakan ke atasnya apabila dia disabitkan atas kesalahan jenayah (sama ada
dalam masa atau sebelum tempoh tersebut) oleh mahkamah yang sedemikian itu,
dan dalam kedua-dua hal itu dia belum mendapat pengampunan bebas berkenaan dengan
kesalahan itu.”.
2. lihat Per. 15(1), (2), (3), 15a, 16 & 16a.
per. 19
1. Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 27, berkuat kuasa dari
16-09-1963. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, membuat pindaan yang
berikut kepadanya:
Fasal (1)
a. Perkataan “Tertakluk Fasal (7) dan (9)” digantikan dengan “Tertakluk kepada Fasal
(9)”.
b. Perkataan “di luar Singapura” yang terdapat dalam subperenggan (a)(i) selepas “Persekutuan”
dipotong;
c. Subperenggan (a)(ii) yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan:
“(ii) dia telah bermastautin di Singapura selama tempoh yang dikehendaki dan
berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;”;
Fasal (4)
a. Perkataan “di luar Singapura” yang terdapat selepas “Persekutuan” di baris empat dipotong
dan perkataan “sebelum Hari Malaysia di Singapura” digantikan dengan “di Singapura
sebelum Hari Malaysia atau dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan kemastautinan di
Singapura selepas Hari Malaysia”.
b. Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
2. Fasal (6), (7) dan (8) yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan:
“(6) Seseorang yang diberi perakuan naturalisasi menjadi seorang warganegara
Singapura jika tetapi hanya jika perakuan itu diberikan menurut kuasa perenggan (a)(ii)
Fasal (1).
(7) Sesuatu perakuan naturalisasi sebagai seorang warganegara Singapura tidak boleh
diberikan tanpa persetujuan Kerajaan Singapura.

