Page 48 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 48
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 19—(samb.)
(8) Mana-mana permohonan untuk penaturalisasian sebagai warganegara Singapura
yang telah dibuat tetapi belum dibereskan sebelum Hari Malaysia hendaklah mulai dari hari
itu dikira seolah-olah permohonan itu suatu permohonan yang telah dibuat dengan wajar
untuk penaturalisasian di bawah Perkara ini, dan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan
berkaitan dengannya sebelum hari itu di bawah atau bagi maksud undang-undang Singapura
telah dilakukan sewajarnya di bawah atau bagi maksud Perkara ini.”.
3. Perkara yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“19. Tertakluk kepada Perkara 21, apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang
berumur dua puluh satu tahun atau lebih, maka Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang
itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa dua belas tahun sebelum
tarikh permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang
daripada sepuluh tahun;
(b) bahawa dia berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan jika diberi
perakuan itu;
(c) bahawa dia berkelakuan baik;
(d) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu; dan
(e) bahawa dia telah bermastautin terus-menerus di Persekutuan bagi tempoh yang tidak
kurang daripada satu tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu.”.
4. Perkataan “dan” di akhir perenggan (d) dimasukkan oleh Akta 14/1962, seksyen 6, berkuat
kuasa dari 01-10-1962.
5. Perenggan (e) dimasukkan oleh Akta 14/1962, seksyen 6, berkuat kuasa dari 01-10-1962.
per. 19a
1. Perkara ini dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 28, berkuat kuasa dari 16-09-1963,
dan dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965. ia berbunyi
seperti yang berikut:
“19a. (1) Apabila permohonan dibuat oleh mana-mana warganegara Singapura yang berumur
dua puluh satu tahun atau lebih, Kerajaan Persekutuan boleh mendaftarkannya sebagai
warganegara yang bukan warganegara Singapura, jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati
bahawa, kalaulah permohonannya adalah untuk diberi suatu perakuan naturalisasi di bawah
Perkara 19 sebagai warganegara yang bukan warganegara Singapura, syarat-syarat perenggan
(a)(i), (b) dan (c) Fasal (1) Perkara itu bagi pemberian perakuan itu tetap akan ditunaikan.
(2) Berhubung dengan warganegara Singapura, Perkara 15 dan 15a hendaklah terpakai
bagi memberikan hak kepada mereka atau membenarkan mereka didaftarkan sebagai
warganegara yang bukan warganegara Singapura dengan cara yang sama sebagaimana Perkara-
Perkara itu terpakai berhubung dengan orang yang bukan warganegara bagi memberikan
hak kepada mereka atau membenarkan mereka didaftarkan sebagai warganegara, kecuali
bahawa sebutan mengenai Perkara 18 dan juga Fasal (6) Perkara 15 tidaklah terpakai.
(3) Seseorang warganegara yang didaftarkan sebagai menjadi atau tidak menjadi
warganegara Singapura menurut kuasa Perkara ini atau menurut kuasa mana-mana peruntukan
yang bersamaan dalam Perlembagaan Negeri Singapura hendaklah menjadi atau tidaklah
menjadi warganegara Singapura dengan sewajarnya dari hari dia didaftarkan sedemikian.
(4) jika seseorang telah didaftarkan di bawah Perkara ini sebagai warganegara yang
bukan warganegara Singapura dan Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa pendaftaran
itu—
(a) telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian apa-apa fakta
material; atau
(b) telah dibuat dengan silap;
maka Kerajaan Persekutuan boleh membatalkan pendaftaran itu:

