Page 49 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 49
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 19a—(samb.)
Dengan syarat bahawa Perkara 27 hendaklah terpakai berhubung dengan pembatalan
itu sebagaimana Perkara itu terpakai berhubung dengan sesuatu perintah di bawah Perkara
24, 25 atau 26 yang melucutkan seseorang akan kewarganegaraannya.
(5) jika pendaftaran seseorang sebagai warganegara yang bukan warganegara Singapura
telah dibatalkan di bawah perenggan (a) Fasal (4), dan disebabkan oleh pendaftaran itu
anak orang itu telah juga didaftarkan sebagai warganegara yang sedemikian menurut Fasal
(2) Perkara 15 sebagaimana yang terpakai menurut Perkara ini, maka Kerajaan Persekutuan
boleh juga membatalkan pendaftaran anak itu melainkan jika anak itu telah mencapai umur
dua puluh satu tahun.
(6) jika di bawah Perkara ini atau di bawah mana-mana peruntukan Perlembagaan
Negeri Singapura pendaftaran seseorang sebagai warganegara di bawah mana-mana satu
perihalan dibatalkan, hal itu tidaklah melepaskannya daripada liabiliti berkenaan dengan
apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum pembatalan itu, tetapi kecuali
berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sedemikian dia hendaklah
kembali kepada tarafnya yang dahulu sebagai seorang warganegara.”.
2. Sebutan mengenai Perkara termansuh ini terdapat dalam jadual Kedua, Bahagian iii,
subseksyen 4(3) oleh itu, sebutan mengenai Perkara 19a dikekalkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
per. 20
1. Perkara ini dimansuhkan oleh Akta 14/1962, seksyen 7, berkuat kuasa dari 01-02-1964
dan berbunyi seperti yang berikut:
“20. (1) Tertakluk kepada Perkara 21, apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang
mengikut Fasal (2), Kerajaan Persekutuan hendaklah memberikan suatu perakuan naturalisasi
kepada orang itu jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa dia telah berkhidmat dengan memuaskan selama tempoh tidak kurang daripada
tiga tahun dalam perkhidmatan sepenuh masa, atau selama tempoh tidak kurang
daripada empat tahun dalam perkhidmatan sambilan, dalam mana-mana angkatan
tentera Persekutuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi
maksud Perkara ini; dan
(b) bahawa dia berniat hendak bermastautin secara tetap di Negeri-Negeri Tanah Melayu
jika perakuan itu diberikan.
(2) Permohonan di bawah Perkara ini boleh dibuat sama ada semasa pemohon sedang
berkhidmat dalam mana-mana perkhidmatan yang disebut terdahulu atau dalam tempoh
lima tahun, atau sesuatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan
Persekutuan dalam apa-apa hal tertentu, selepas pelepasannya.
(3) Sebutan dalam Perkara ini mengenai perkhidmatan dalam angkatan tentera Persekutuan
termasuklah sebutan mengenai perkhidmatan sebelum Hari Merdeka; dan pada membuat hitungan
bagi maksud Perkara ini akan tempoh perkhidmatan sepenuh masa seseorang dalam angkatan
tentera itu yang telah berkhidmat sepenuh masa dan juga sambilan maka mana-mana dua bulan
perkhidmatan sambilan hendaklah dikira sebagai satu bulan perkhidmatan sepenuh masa.”.
2. Perkataan “Negeri-Negeri Tanah Melayu” yang terdapat di hujung Fasal (1)(b) dimasukkan
oleh Akta 26/1963, subseksyen 29(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963, menggantikan perkataan
“Persekutuan”.
3. Berkenaan dengan senarai angkatan tentera yang ditetapkan di bawah Perkara 20(1)(a)—
lihat L.N. 261/1958.
per. 21
Perkara ini dimansuhkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, tetapi
terus berkuat kuasa bagi maksud Perkara 20 yang dimansuhkan itu. ia berbunyi seperti yang
berikut:
“21. (1) Perakuan naturalisasi tidaklah boleh diberikan kepada mana-mana orang sehingga
dia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam jadual Pertama.
(2) Seseorang yang diberi perakuan naturalisasi menjadi seorang warganegara melalui
penaturalisasian mulai dari tarikh perakuan itu diberikan.”.

