Page 61 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 61

KAEDAH RAWATAN

                  Hadis-hadis di  atas  menunjukkan  bahawa  jin  boleh  ditangkap  dan  boleh  dibunuh
              sekiranya ia menjelma. Namun begitu, terdapat pendapat yang menolak  kemampuan manusia
              untuk menangkap jin dalam bentuk asalnya. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa hujah:
                     i.   Tindakan baginda SAW yang tidak menangkap atau menambat iblis ataupun
                        jin, bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol lalu dibuang ke
                        mana-mana tempat.
                     ii.   Sekiranya kita boleh mengurung jin dalam bekas seperti botol yang diperbuat
                        dari kaca yang telus cahaya (transparent), bermakna makhluk halus tersebut
                        boleh  dilihat,  sedangkan  rupa  asal jin  dan  syaitan  bukanlah  dalam  bentuk
                        fizikal.  Bagaimana  mungkin  sesuatu  yang  bentuknya  bukan  fizikal,  hendak
                        dimasukkan ke dalam sesuatu yang berbentuk fizikal (botol dan sebagainya)?
                        Lagipun, manusia tidak mampu melihat jin dan iblis dalam keadaannya yang
                        asal, seperti mana yang sabit dalam al-Quran.  Oleh itu, bagaimana mungkin
                                                         48
                        manusia biasa boleh menangkap jin, bahkan mendakwa boleh menyembelih
                        dan membunuhnya, khususnya dalam rupa bentuknya yang asal?
                  Berkenaan isu memindahkan jin juga ada pihak yang menyatakan ianya boleh dilakukan
              kerana  terbukti  melalui  pengalaman. Tambahan  pula  terdapat  khabar  angin  yang  tersebar
              menyatakan  seorang tokoh  perawat  yang  terkenal  pernah  memindahkan  sekumpulan  jin
              dengan menggunakan bas. Walau bagaimanapun, tokoh yang dimaksudkan telah menafikan
              cerita-cerita tersebut.  Lagipun, dari sudut logik memang tiada keperluan untuk memindahkan
                             49
              jin, lebih-lebih lagi dengan menggunakan kenderaan kerana mereka sendiri boleh bergerak
              bebas dan sangat pantas hasil daripada kejadian mereka yang bersifat ‘halus’.
                  Daripada hujah yang dikemukakan dapat dirumuskan bahawa tindakan  mengusir,
              menangkap  jin dan membunuhnya  adalah  merupakan  suatu yang boleh dilakukan  oleh
              manusia. Sekiranya jin tersebut menjelma  dalam bentuk tertentu, maka penangkapan
              dan pembunuhannya dapat disahkan secara yakin dengan penglihatan. Namun begitu,
              memastikan dan mengesahkan terjadinya penangkapan dan pembunuhan terhadap jin dalam
              kejadian asalnya bukanlah perkara yang boleh dipastikan secara yakin. Justeru itu, seseorang
              tidak boleh mendakwa menangkap dan membunuh jin dalam kejadiannya yang asal. Hal ini
              kerana dalam keadaannya yang asal, jin tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Maka, bagaimana
              seseorang boleh mendakwa dia boleh menangkap jin dan memasukkannya ke dalam botol?
              Dakwaan ini adalah bertentangan dengan realiti dan akal yang rasional. Firman Allah SWT:









                                              61
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66