Page 21 - DSKP PEMULIHAN KHAS MATEMATIK
P. 21
BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
4. Kemahiran Membuat Penyelidikan merujuk kepada KEMAHIRAN ABAD KE-21
keupayaan seperti berikut:
(i) Merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain; Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang
(ii) Mengakses buku di perpustakaan; mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada
(iii) Menggunakan pangkalan data; kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang
(iv) Mendapatkan maklumat dari pelbagai individu; dan berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21
(v) Berfikir. bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang
dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 2 supaya
5. Kemahiran Berkomunikasi merujuk kepada keupayaan berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan Standard
seperti berikut: Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam
(i) Mendengar secara berkesan; kurikulum Matematik Sekolah Rendah menyumbang kepada
(ii) Menulis idea matematik secara tepat dan jelas; pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid.
(iii) Menulis esei dan pelaporan; dan
(iv) Membuat pembentangan.
6. Kemahiran Menggunakan Teknologi merujuk kepada
keupayaan mengguna dan mengendali alat matematik seperti
abakus, kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web
di Internet dan pakej pembelajaran untuk:
(i) Membentuk dan memahami konsep matematik dengan
lebih mendalam;
(ii) Membuat, menguji dan membuktikan konjektur;
(iii) Meneroka idea matematik; dan
(iv) Menyelesaikan masalah
14

