Page 36 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 36

27.  LAWATAN SAMBIL BELAJAR

                  27.1  Lawatan boleh dikelolakan oleh sesuatu persatuan/badan atau kelas jika selaras
                        dengan tujuan persatuan/badan atau kelas itu.
                  27.2  Setiap lawatan perlu  mendapat kebenaran  Pengetua dan kelulusan Jabatan
                        Pendidikan Negeri. Pastikan borang-borang yang telah ditetapkan mengikut Undang-
                        undang Pelancongan sekolah-sekolah  1957 diisi dengan lengkap dan diserahkan
                        kepada Penolong Kanan HEM untuk dipanjangkan ke JPN sekurang-kurangnya lima
                        minggu sebelum tarikh lawatan.
                  27.3  Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga
                        sebelum borang permohonan dilengkapkan.
                  27.4  Setiap lawatan perlu ada dua (2) orang guru pengiring. Jika lawatan disertai oleh
                        murid-murid perempuan, seorang guru perempuan perlu ikut sama.
                  27.5  Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan dengan jelas sebelum lawatan.
                        Contohnya jika melawat ke laut aktiviti berenang adalah dilarang sama sekali

                        melainkan ada kebenaran daripada guru pengiring dan ada anggota penyelamat
                        nyawa yang bertauliah.
                  27.6  Alat-alat pertolongan cemas yang lengkap hendaklah dibawa bersama.
                  27.7  Disiplin murid hendaklah dijaga rapi dan mereka mesti mengikut semua arahan guru
                        pengiring sepanjang masa lawatan.
                  27.8  Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan.
                  27.9  Tempat-tempat yang digalakkan untuk lawatan:-
                        i.    Tempat-tempat bersejarah
                        ii.   Industri-industri/kilang-kilang
                        iii.   Tempat-tempat yang ada kaitan  dengan matapelajaran Geografi  seperti
                              kawasan- kawasan pertanian.
                        iv.   Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan am
                        v.    Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan Sains
                        vi.   Tempat-tempat suci agama
                  27.10 Laporan lawatan hendaklah dibuat selepas setiap lawatan untuk diserahkan kepada
                        Penolong Kanan HEM/Kokurikulum dan difailkan dalam fail Persatuan/Kelab/Badan
                        Uniform  berkenaan dan dihantar ke JPN.

            28.  MELANCONG/MELAWAT KE LUAR NEGARA

                  28.1  Semua lawatan ke luar negara, sama ada rasmi atau tidak rasmi, sama ada dalam
                        masa cuti sekolah atau tidak, perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan
                        Daerah 5 minggu sebelum lawatan dengan sokongan Pengetua.
                  28.2  Insuran kerajaan hanya diberi sekali setahun dan untuk kali yang seterusnya perlu
                        mendapatkan insuran swasta.

            29.  MELANJUTKAN PELAJARAN
                  29.1  Guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran, sama ada Ijazah Lanjutan dan Doktor
                        Falsafah secara sambilan, perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan
                        Negeri terlebih dahulu.
                  29.2  Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Pengetua







                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41