Page 37 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 37
30. PENGUMUMAN
30.1 Semua pengumuman harian adalah di bawah kelolaan Guru Bertugas Mingguan
sebelum PdPC dimulakan.
30.2 Pengumuman melalui sistem siar raya hanya boleh dibuat pada waktu perhimpunan
rasmi sahaja. Hanya pengumuman yang agak penting yang ditujukan kepada semua
murid boleh dibenarkan pada waktu-waktu lain.
30.3 Pengumuman yang ditujukan kepada sebilangan murid sahaja atau badan tertentu
seperti kelab atau persatuan hendaklah ditulis di papan kenyataan yang disediakan.
30.4 Pengumuman yang akan dibuat melalui sistem siar raya hendaklah ditulis dengan jelas
atas borang yang disediakan dan disampaikan kepada Penolong Kanan HEM/KOKU/
Penolong Kanan Petang untuk mendapatkan kebenaran/kelulusan terlebih dahulu.
Borang-borang ini boleh diperoleh di pejabat sekolah.
30.5 Pengumuman yang dibuat hendaklah disemak terlebih dahulu untuk mengelak
daripada sebarang kekeliruan tentang maksud pengumuman itu.
31. PENJUALAN PERNIAGAAN
31.1 Sebarang penjualan dan perniagaan persendirian di sekolah adalah DILARANG. Hanya
jualan yang berkaitan dengan koperasi sekolah atau sesuatu aktiviti kelab/persatuan
yang telah diluluskan oleh Pengetua sahaja dibenarkan.
31.2 Kelab/persatuan yang ingin mengadakan jualan hendaklah mengemukakan
permohonan bertulis melalui guru penasihat, lengkap dengan butir-butir mengenai
jualan yang akan diadakan seperti tarikh, masa, tempat, tujuan, anggaran
perbelanjaan dan harga jualan.
31.3 Semua permohonan hendaklah sampai kepada Pengetua sekurang-kurangnya
4 minggu sebelum tarikh jualan tersebut.
32. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
32.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama rakan sejawatan dan sentiasa mengawal tutur kata.
32.2 Guru juga seharusnya mewujudkan semangat kekitaan dan saling bantu membantu
antara satu sama lain. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk supaya dapat
menghasilkan kerjasama bagi memastikan kejayaan semua rancangan dan program
sekolah.
32.3 Jika menghadapi sebarang masalah berhubung dengan perkhidmatan dan tugas
ikhtisas hendaklah berunding untuk menyelesaikannya dengan mengikut hierarki
kecuali urusan peribadi kerana ada pertimbangan lain, iaitu:-
i. Rakan sejawat yang berpengalaman
ii. Ketua Panitia Mata pelajaran
iii. Guru Kanan Mata Pelajaran
iv. Penolong Kanan Petang
v. Penolong Kanan
vi. Pengetua
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 37

