Page 126 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 126

Komposisi Badan



                 Komposisi tubuh badan boleh diukur dengan menggunakan kaliper. Kaliper ialah
                 sejenis  alat  penyukat  ketebalan  kulit  badan.  Komposisi  badan  ialah  peratusan
                 lemak dalam tubuh badan berbanding otot dan tulang. Individu yang mempunyai
                 komposisi  badan  yang  baik  berupaya  menghindarkan  diri  daripada  menghidap
                 penyakit hipokinetik seperti sakit jantung, hipertensi dan kegemukan.

                 Teknik Mengira Komposisi Badan dengan Menggunakan
                 Kaedah Lipatan Kulit
                 1.  Dapatkan min tiga bacaan bagi lipatan kulit di bahagian sisi dalam gastroknemius.
                 2.  Dapatkan min tiga bacaan bagi lipatan kulit trisep.
                 3.  Jumlahkan min lipatan kulit trisep dan lipatan kulit sisi dalam gastroknemius.
                 4.  Bandingkan  jumlah  min  lipatan  (trisep  dan  sisi  dalam  gastroknemius)
                    berpandukan carta lipatan kulit untuk mengetahui peratusan lemak badan.
                 5.  Gunakan pembaris untuk mendapatkan bacaan peratusan lemak.
                 6.  Dapatkan kategori lemak badan.
                 7.  Semua ukuran mesti dilakukan pada bahagian anggota badan yang dominan.



                 Prosedur Pengukuran Lipatan Kulit Trisep
          Kecergasan
                 1.  Murid  yang  hendak diuji  hendaklah  berdiri  tegak
                    dengan kedua-dua tangan di sisi.
         7
                 2.  Pengukuran  lipatan  kulit  trisep  dilakukan  pada
                    bahagian  belakang  lengan  kanan  otot  trisep
                    titik  pertengahan  di  antara  siku  dengan  cuaran
                    akromian skapula.
                 3.  Lengan dalam keadaan rehat dengan telapak tangan
                    menghadap ke hadapan (supinated).
                 4.  Cubit  lipatan  kulit  dengan  menggunakan  ibu  jari
                    dan  jari  telunjuk  secara  menegak,  selari  dengan
                    paksi panjang lengan, dibuat pada bahagian yang
                    telah ditanda.
                 5.  Ketipkan kaliper 1 cm di atas atau di bawah tempat
                    yang dicubit. Ambil bacaan pada 0.5 mm terhampir.
                 6.  Ulang pengukuran sebanyak tiga kali.                             Celik Siber
                    Jika  perbezaan  melebihi  2  mm,  ulang  semua                  Layari laman
                    prosedur pengukuran.                                             sesawang untuk
                 7.  Rekodkan semua bacaan pada borang yang                          mencari maksud
                    disediakan.                                                      Ectomorph,
                                                                                     Mesomorph dan
                 8.  Cari min bagi ketiga-tiga bacaan.                               Endomorph.



                118                                                                         3.4.1, 4.4.1, 5.3.2
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131