Page 123 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 123
Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot
Daya tahan otot bermaksud kemampuan otot untuk bekerja dan melakukan
aktiviti secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa cepat letih dan lesu.
Sebagai contoh, berenang adalah aktiviti yang menggunakan otot tertentu secara
berulang-ulang. Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui intensiti latihan yang
rendah pada ulangan yang banyak.
Kekuatan otot pula bermaksud kemampuan otot atau sekumpulan otot
menghasilkan daya dengan kuasa maksimum bagi mengatasi rintangan. Rintangan
wujud semasa menarik, menolak atau mengangkat sesuatu beban. Latihan untuk
meningkatkan kekuatan otot melibatkan ulangan yang sedikit dengan bebanan
yang berat.
01 Otot Teras
01
Otot teras adalah otot yang terdapat pada bahagian tengah badan. Otot teras yang
kuat akan melancarkan pergerakan semasa melakukan aktiviti selain memberi
postur yang baik. Contohnya otot teras adalah rectus abdominis, internal oblique, Kecergasan
external oblique, transverse abdominis, erector spinae, dan multifidus.
7
External
oblique
Transverse
abdominis Rectus
abdominis
Internal
oblique
Multifidus Erector
spine
(Sumber: brentbrookbash.com)
115

