Page 92 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 92
Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1965. Pada Sukan Olimpik
1968, beliau telah menggondol pingat emas dalam acara lompat tinggi dengan
mengaplikasikan gaya ini. Gaya ini memerlukan murid melepasi palang dengan
menggunakan bahagian belakang bahu terlebih dahulu, diikuti dengan fasa
pendaratan yang menggunakan belakang badan.
Olahraga Asas
Sila imbas di sini
5
Larian Landas ‘J’
Lari landas ‘J’ bertujuan untuk menambah kelajuan yang optimum bagi
memindahkan daya mendatar kepada daya menegak. Gabungan kedua-dua daya
ini dikenali sebagai daya sentrifugal yang berupaya membantu murid menaikkan
badannya melepasi palang.
Nadi Ilmu
Mulakan larian dengan
perlahan sambil lutut
diangkat tinggi dan
10 9 Lima langkah larian melengkung tingkatkan kelajuan apabila
sebelum melompat.
8 7 menghampiri palang.
Lengkung
6
5
Peralihan Glosari
4 Bermula dengan
5 langkah lari
3 Sentrifugal - Daya yang terhasil dari
lurus dengan lutut
Fasa 1 2 pergerakan lengkungan.
diangkat separas
1 pinggang.
Titik mula
84 1.7.3, 2.7.3, 5.2.3

