Page 96 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 96
01 Ansur Maju 2
1. Lakukan secara berpasangan dengan menghadap
antara satu sama lain.
2. Tangan dominan murid A memegang peluru. Tangan
yang bukan dominan memegang tangan murid B.
3. Murid A menarik murid B ke belakang untuk
mendapatkan gaya gelongsoran.
A
B
01 Ansur Maju 3
1. Lakukan gelongsoran sepanjang garisan.
2. Berhenti pada kedudukan ‘‘power position’’.
3. Ulang perlakuan beberapa kali.
Olahraga Asas
5
Aktiviti
Permainan Undur Gelongsor
• Lakukan permainan ini secara berkumpulan.
• Masukkan bola segar ke dalam beg bertali untuk dijadikan sebagai beban. Ikatkan beban
pada kaki dominan.
• Tarik beban dengan bergerak gaya gelongsoran sejauh 5 meter.
• Serah beban apabila sampai kepada rakan sekumpulan.
• Ulang pergerakan sehingga semua rakan selesai melakukannya.
• Kumpulan yang selesai menamatkan permainan dahulu dikira pemenang.
1.7.4, 2.7.4, 5.2.2
88

