Page 69 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 69

contohnya ekonomi dan industri. Menurut Klaus Schwab (2016), pengasas World Economic
               Forum, RI4.0 telah “mengaburkan garis antara persekitaran fizikal, digital dan biologikal”.
               RI4.0 juga ditandai dengan ‘perkahwinan’ antara teknologi digital dan teknologi fizikal seperti
               analitikal,  kecerdasan  buatan,  teknologi  kognitif,  dan  internet  of  things  (IoT)  (Deloitte
               Development, 2018; Internet Society, 2017; Manyika et al., 2013).
                       Revolusi perindustrian pertama sehingga ketiga telah membebaskan manusia daripada
               kebergantungan ke atas tenaga manusia kepada tenaga mesin, menghasilkan barangan secara
               besar-besaran,  dan  membawa  keupayaan  digital  kepada  dunia  kemanusiaan  seluruhnya.
               Namun, dalam bukunya, ‘The Fourth Industrial Revolution’, Klaus Schwab (2017) menyatakan
               bahawa RI4.0 sangat berbeza dengan RI4.0 yang sebelum-sebelumnya secara teras, dan amat
               sukar  untuk  mendefinisikan  RI4.0  tanpa  merujuk  kepada  sistem  siber-fizikal  dan
               pengkomputeran awan (cloud computing). Perubahan yang dibawa oleh arus RI4.0 ini belum
               pernah dirasai oleh revolusi perindustrian sebelumnya.
                       Klaus  Schwab  memaksudkan  bahawa  keberadaan  RI4.0  bukan  sahaja  memberi
               tumpuan kepada perkembangan dan memusatkan teknologi, tetapi juga banyak menjerumuskan
               kepada persoalan kualiti kemanusiaan pada masa hadapan. Kelompongan atau kesenjangan
               kemahiran abad ke-21 dalam kalangan graduan pada masa kini sangat membimbangkan yang
               mana telah pun menjuruskan kepada isu seperti pengangguran. Pada waktu kini, dalam sektor
               pekerjaan, isu pengangguran masih hangat, malah semakin rancak diwacanakan. TalentCorp
               (2014) merumuskan bahawa isu utama adalah berkaitan semakin lebarnya jurang pembekal
               bakat (institusi pendidikan) dengan permintaan bakat (pasaran). Menurut data Laporan Kajian
               Pengesanan Graduaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dari 2012 ke 2016, (KPT, 2012,
               2013, 2014, 2015,2016) satu daripada empat jumlah graduan diploma dan ijazah pertama masih
               tidak mendapat pekerjaan setelah enam bulan bergraduasi, dan data ini konsisten sepanjang
               lima tahun (Rujuk Jadual 1). Laporan Bank Dunia turut menyokong dengan dapatan mereka
               menunjukkan satu daripada lima pemegang ijazah di bawah umur 25 tahun di Malaysia, atau
               graduan  yang  baru  menamatkan  pengajian  tidak  mendapat  pekerjaan  pada  2012  (Malaysia
               Economic Monitor, 2014).

               Jadual 1
               Kadar Graduan Yang Belum Bekerja Mengikut Peringkat Pengajian selepas 6 bulan

                                           Tahun  Ijazah Pertama     Diploma
                                                         (%)            (%)
                                           2012         28.6           25.7
                                           2013         31.4           22.6
                                           2014         31.1           21.4
                                           2015         27.9           22.5
                                           2016         26.3           20.8

                                                  (Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), 2012, 2013, 2014, 2015, 2016)

                       Yang lebih membimbangkan, laporan Bank Dunia tersebut juga menyatakan bahawa
               nisbah pengangguran umur belia kepada lain-lain umur dilihat pada 3.3 kali ganda yang mana
               57%  daripada penganggur adalah daripada kalangan belia berumur 15-25 tahun, dan hampir
               40% daripada kalangan belia berumur 20-44 tahun (The World Bank, 2014). Jelasnya, pada
               ketika ini pun, berdasarkan data pengangguran KPM dan Bank Dunia ini, menunjukkan bahawa
               terdapat ketidakserasian antara pembekal bakat dengan pasaran. Data ini menunjukkan bahawa
               kualiti sumber manusia yang dikehendaki pasaran tidak selari dengan keluaran pembekal bakat.




                                                            60
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74