Page 71 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 71

Pendidikan Kemanusiaan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
               (STEM)

                       Dalam konteks pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),
               pendekatan STEM didefinisikan sebagai proses “…Pengajaran dan Pembelajaran yang
               mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM melalui inkuiri, penyelesaian
               masalah, atau projek dalam konteks kehidupan harian, alam sekitar, dan masyarakat tempatan
               serta global”(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016e). Dalam kurikulum kebangsaan
               sekolah rendah dan sekolah menengah KSSR dan KSSM, STEM dihuraikan dalam tiga
               aspek, iaitu STEM sebagai bidang pembelajaran, STEM sebagai pakej mata pelajaran, dan
               STEM sebagai pendekatan pembelajaran (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016e).
               Kerangka pendekatan STEM dipaparkan dalam Rajah 2.



























                                Rajah 2: Kerangka  STEM sebagai Pendekatan Pengajaran Dan
                                                        Pembelajaran
                                Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2016a), (2016c);
                                          Kementerian Pendidikan Malaysia, (2016).

                       Dalam  konteks  kurikulum  di  Malaysia,  istilah  ‘kemanusiaan’  merupakan  suatu
               kumpulan  pakej  mata  pelajaran  elektif  (selain  kumpulan  mata  pelajaran  vokasional  dan
               teknologi,  sains  dan Pengajian  Islam).  Namun,  Gerd (2015)  menghujahkan bahawa STEM
               adalah alat yang mana etika amalannya ditentukan oleh manusia. Yang menjadikan sentuhan
               kemanusiaan  itu  kekal  adalah  elemen  seperti  kreativiti,  estetika,  imaginasi,  perhubungan
               interpersonal  dan  intrapersonal,  dan  yang  sepertinya.  Kesemua  elemen  ini  ditandai  dengan
               kemahiran  yang  dipanggil  kemahiran  sosial  dan  emosional,  dan  sewajarnya  menjadi  fokus
               untuk kemenjadian murid berbekalkan pengetahuan dan kemahiran STEM. Jika dilihat dari
               sudut itu, elemen kemanusiaan dalam pendidikan STEM di Malaysia dipaparkan dalam dua
               aspek iaitu yang pertama, unsur ‘Nilai dan Etika STEM’, yang mana ‘Nilai dan Etika STEM’
               ini didefiniskan sebagai “…akhlak atau moral positif serta garis panduan yang harus dipatuhi
               murid”  (Bahagian  Pembangunan  Kurikulum,  2016e)  dan  yang  kedua,  dalam  dokumen
               kurikulum  mata  pelajaran  berkaitan  STEM  yang  turut  memberi  fokus  kepada  kreativiti,
               estetika, kemahiran insaniah seperti kolabolasi dan kerja berpasukan. Dalam konteks Malaysia,
               fokus kepada pendekatan STEM adalah masalah atau isu dalam kehidupan harian, alam sekitar,
               masyarakat tempatan dan global (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016e). Pada masa yang
               sama,  ciri-ciri  pengajaran  dan  pembelajaran  STEM  merangkumi  ciri  seperti  meningkatkan



                                                            62
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76