Page 70 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 70

Selain  itu,  fitrah  pekerjaan  masa  hadapan  juga  akan  berubah  seiring  dengan
               perkembangan  RI4.0,  yang  turut  membawa  kepada  kemunculan  golongan  pekerja  baharu,
               seperti Digital Nomad dan ‘Ejen Bebas’. Fitrah pekerjaan baharu dan golongan pekerja baharu
               ini sangat bergantung kepada platform digital (Deloitte Development, 2018; Design Council,
               2015; Institute for the Future (IFTF), 2017; Kasriel, 2017; World Economic Forum, 2016).
               Malah, dijangkakan 85% pekerjaan pada 2030 merupakan pekerjaan baharu yang belum lagi
               wujud pada hari ini (Institute for the Future (IFTF), 2017).































                              Rajah 1: Trend Jenis Tugasan Dalam Ekonomi U.S 1960 – 2009
                                               Sumber: Autor & Price, (2013, p. 3)

                       Oleh yang demikian, fitrah pengalaman pendidikan hari ini, sama ada di sekolah atau
               di IPT juga perlu berubah bagi memenuhi ruang kerjaya masa hadapan. Dapatan Autor dan
               Price (2013) dalam rajah 1 menunjukkan bahawa sektor pekerjaan masa hadapan memerlukan
               kompetensi pendidikan yang menjurus kepada bidang tugas yang bersifat (1) bukan rutin, (2)
               kompleks, (3) personal, dan (4) tugasan kreatif, yang hanya mampu dilakukan oleh manusia.
               Rajah  1  menunjukkan  trend  tugasan  dalam  ekonomi  U.S.  dari  1960  sehingga  2009,  yang
               membolehkan trend unjuran dibuat untuk masa hadapan. Unjurannya, pekerjaan masa hadapan
               perlu menjauhi tugasan yang bersifat rutin dan impersonal yang boleh diautomasikan oleh robot
               dan teknologi perkomputeran (Blinder, 2007; Center for Curriculum Redesign, 2015).
                       Maka,  jelas  dapat  diperhatikan  bahawa  empat  bidang  tugas  tersebut  merupakan
               kompetensi yang bersifat kemanusiaan, dan pendidikan kemanusiaan ini merupakan suatu yang
               sangat  penting  untuk  dipenuhi  dalam  mendepani  gangguan  yang  dibawa  oleh  revolusi
               perindustrian keempat.Justeru, persoalannya ialah sejauh mana kepantasan dan inovasi akan
               mencorakkan masa hadapan kemanusiaan, yang juga menuntut perubahan dan inovasi yang
               signifikan dalam konteks pendidikan (Schwab, 2016).










                                                            61
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75