Page 72 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 72

kepekaaan  murid  kepada  isu  dan  masalah  dunia  sebenar,  melibatkan  murid  dalam  kerja
               berpasukan yang produktif (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016e), yang menurut Gerd
               (2015) merupakan ciri kemanusiaan.
                       Atas  premis  bahawa  STEM  adalah  alat,  maka,  dalam  konteks  elemen  pendidikan
               kemanusiaan, Gerd (2015) mengemukakan kritiknya terhadap pendidikan STEM, yang mana
               menurut beliau, tidak semua perkara boleh diterap amalan STEM seperti misteri, imaginasi,
               intuisi, humor, emosi, kreativiti, empati, keyakinan (keimanan), optimism dan lain-lain lagi
               yang sifatnya hanya ada pada manusia; dan ini termasuk melakukan kesilapan dan segala nilai-
               nilai kemanusiaan. Beliau mengistilahkan kesemua ini sebagai ‘humarithm’ (kata lawan kepada
               algorithm – yang dikaitkan dengan amalan STEM). Jika algoritm melibatkan data, pengetahuan
               dan  maklumat;  ‘humarithm’  melibatkan  emosi,  maknawi,  perhubungan,  dan  keterikatan.
               Justeru, humarithm, atau elemen kemanusiaan perlu menjadi lokus dalam pendidikan STEM;
               bukan sahaja algorithm.
                       RI4.0  yang  sedang  dan  bakal  dilalui  oleh  masyarakat  dunia  perlu  menyebarkan
               kefahaman bahawa matlamat pendidikan STEM adalah menghasilkan nilai kualiti tertinggi
               kemanusiaan dengan berbantukan sains dan teknologi. Kemenjadian manusia yang mempunyai
               nilai  tertinggi  kemanusiaan  ini  dipanggil  manusia  adi  pintar  (super  smart  human)  yang
               seterusnya akan melahirkan masyarakat adi pintar (super smart society) (Ministry of Education
               Culture, Sport, Science, and Technology Japan, 2015). Istilah ini mula diperkenalkan negara
               Jepun pada 2015,  dan mereka menggelarkan masyarakat  masa hadapan ini dengan gelaran
               Masyarakat  5.0.  Mereka  mendefinisikan  masyarakat  adi  pintar  sebagai  masyarakat  yang
               mampu  menyediakan  barang  dan  perkhidmatan  yang  diperlukan  kepada  mereka  yang
               memerlukannya pada waktu  yang diperlukan dan hanya dengan jumlah yang tepat; sebuah
               masyarakat yang dapat memberi maklum balas dengan tepat kepada pelbagai keperluan sosial;
               sebuah masyarakat yang mana semua orang dengan mudah mendapatkan perkhidmatan yang
               berkualiti  tinggi,  mengatasi  perbezaan  umur,  jantina,  wilayah  dan  bahasa,  hidup  aktif  dan
               selesa. (Ministry of Education Culture, Sport, Science, and Technology Japan, 2016).
                       Yuichiro Anzai (2016), Presiden Japan Society for The Promotion of Science (JSPS)
               memberikan makna Masyarakat 5.0 dengan gelaran “revolusi kelima” kemanusiaan. Beliau
               menegaskan  bahawa  terdapat  keperluan  untuk  memahami  interaksi  antara  manusia-dan-
               manusia,  serta  interaksi  antara  manusia-dan-bukan  manusia  bagi  membina  perkhidmatan
               pintar. Beliau menegaskan bahawa Masyarakat 5.0 bermatlamat untuk meningkatkan kualiti
               kehidupan manusia, bukan meningkatkan kuasa teknologi. Justeru, katanya lagi, interaksi ini
               sama dengan perkongsian maklumat, dan ini merupakan kunci penting dalam menghasilkan
               perkhidmatan pintar. Walau bagaimanapun, oleh sebab perkongsian maklumat bukanlah suatu
               yang bersifat fizikal, maka interaksi ini hanya boleh dilakukan apabila manusia mempunyai
               matlamat, nilai, dan keupayaan inferens untuk masyarakat.  (Yuichiro Anzai dalam Strategy,
               Center for Research and Development Agency, 2016)
                       Di  Jepun  sekurang-kurangnya,  menurut  Anzai  lagi,  struktur  industri  akan  berubah.
               Sejajar  dengan  itu,  struktur  pekerjaan,  pasaran  pekerjaan  secara  amnya  akan  mewujudkan
               masyarakat  perkhidmatan  pintar.  Dalam  konteks  pendidikan,  Anzai  merumuskan  suatu
               reformasi tujuan pendidikan, iaitu daripada pendidikan pasif untuk menghasilkan pengeluaran
               besar-besaran barangan berkualiti tinggi secara kos-efektif, kepada pembelajaran aktif untuk
               menghasilkan inovasi dan perkhidmatan berkualiti tinggi secara kos-efektif (Yuichiro Anzai
               dalam Strategy, Center for Research and Development Agency, 2016).
                       Justeru, matlamat suatu masyarakat adi pintar adalah mewujudkan masyarakat  yang
               memberikan perkhidmatan pintar dengan memberi fokus kepada manusia. Teknologi hanyalah
               suatu alat yang membantu kepada pencapaian matlamat ini. Paradigma ini sangat penting dan
               utama  dalam  memastikan  elemen  kemanusiaan  yang  ditonjolkan  dan  diutamakan  dalam




                                                            63
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77