Page 102 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 102

Meneroka Amalan Pentaksiran Untuk Pembelajaran Dalam Bilik Darjah

                                                                               2
                                                          1
                                           Senin Khamis , Asri Selamat, Ph.D
                                                                    2
                             1  IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka,  Universiti Tun Hussien Onn
                                                                                  2
                                         Senin@Ipgkpm.Edu.My , asri@uthm.edu.my
                                                               1

                                                          Abstrak

               Kajian  literatur  menunjukkan  bahawa  dunia  pentaksiran  telah  bergerak  menuju  kepada
               pentaksiran  untuk  pembelajaran  iaitu  pentaksiran  secara  berterusan  dan  meninggalkan
               pentaksiran yang biasanya diadakan selepas  sesuatu  jangka  masa  tertentu.  Pentaksiran
               bertujuan untuk menilai pencapaian murid dan pada masa  yang  sama  pentaksiran  berperanan
               untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna (meaningful learning). Untuk membina
               pentaksiran  yang baik, ia  menuntut kepada kecekapan dan keupayaan guru dalam mentaksir
               pembelajaran murid di samping dapat membantu untuk memantapkan kualiti sistem pentaksiran
               dan  penilaian  sebagai  sebagaimana  yang  dihasratkan  oleh  kementerian  pendidikan.  Kajian
               literatur  juga  menunjukkan  bahawa  sistem  pentaksiran  di  Malaysia  dikaitkan  dengan  “exam
               oriented” yang menjurus kepada guru-guru mengajar bertujuan untuk meluluskan murid dalam
               peperiksaan  sahaja  dan  bukannya  menggunakan  pentaksiran  itu  sebagai  memandu  proses
               pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (pentaksiran untuk pembelajaran). Walaupun ramai
               sarjana  Barat  menyatakan  pentaksiran  untuk  pembelajaran  (PuP)  dikatakan  mempunyai
               kelebihan  dalam  membantu  guru  dalam  memodifikasikan  dan  mempelbagaikan  aktiviti
               pengajaran  dan  pembelajaran  namun  cabaran  yang  dihadapi  oleh  guru  adalah  untuk
               mengaplikasikan PuP dalam bilik darjah. Justeru, artikel konseptual ini membincangkan strategi
               PuP berdasarkan model-model pentaksiran yang boleh membantu guru untuk melaksanakannya
               di bilik darjah.

               Kata kunci: pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran terhadap pembelajaran, pentaksiran
               berasaskan sekolah.


                                                     PENGENALAN

                      Pentaksiran merupakan  satu  aspek penting dalam  proses  pengajaran dan pembelajaran
               (Popham, 2013; Goode, et al., 2010; Payne, 2003). Istilah pentaksiran biasanya membawa makna
               kepada ujian dan peperiksaan walaupun secara realitinya ujian dan peperiksaan adalah subset
               kepada satu set yang lebih luas yang dipanggil pentaksiran. Ujian dan penilaian adalah instrumen
               yang digunakan untuk mengumpul dan membekalkan maklumat berkaitan dengan pencapaian
               murid (Goode et al., 2010) dan pada masa yang sama pentaksiran juga boleh dijadikan instrumen
               penggerak bagi membentuk individu cemerlang dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, sahsiah
               dan berkemahiran tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
                      Hari  ini  pentaksiran  merupakan  fasa  penting  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran
               (McMillan,  2007).  Ia  bukan  sahaja  menilai  apa  yang  dipelajari  murid  malah  membantu  guru
               mengenal pasti pengajaran mereka. Terdapat tiga fasa penting seperti mana yang dinyatakan oleh
               Ahmad (2010) pentaksiran di awal sesi membantu guru mengenal pasti pengetahuan sedia ada,
               kekuatan, kelemahan dan kefahaman murid di samping menentukan kaedah yang sesuai untuk
               mendapatkan  maklumat  daripada  mereka.  Pentaksiran  semasa  pengajaran  membantu  guru

                                                             92
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107