Page 97 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 97

Jadual 2
               Analisis Hubungan Kompetensi Pedagogi Guru dengan Prestasi Akademik

                                                                               Pencapaian Akademik
                Kompetensi Pedagogi           Korelasi Pearson                                         .883*
                                              Sig. (2-hujung)                                          .000
                                              N                                                        335
               *Signifikan pada aras 0.05 (2-hujung)

                      Dalam  aspek  kompetensi  pedagogi  guru,  aspek-aspek  seperti  komitmen  guru  dalam
               melaksanakan  aktiviti  PDPc,  bimbingan  berfokus  kepada  pelajar,  mengintegrasi  kemahiran
               generik  dalam  PdP,  pentaksiran  dan  penilaian  serta  pengurusan  bilik  darjah  yang  berkesan
               menunjukkan  hubungan  yang  signifikan  pada  tahap  sangat  kuat  terhadap  prestasi  akadamik.
               Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Anuar Ahmad & Nelson Jinggan
               (2015) berkaitan dengan pengaruh kompetensi guru dalam pengajaran terhadap prestasi akademik
               pelajar matapelajaran sejarah. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan
               antara kompetensi pedagogi yang dimiliki oleh guru terhadap prestasi akademik pelajar. Kajian-
               kajian lain oleh Haniza Abdul Khalid (2003), Sharir Marzuki (2005), Rodiah Ahmad (2008) juga
               selari dengan kajian ini yang mendapati bahawa amalan pengajaran guru mempunyai hubungan
               signifikan dengan komitmen belajar dalam kalangan murid.
                      Kaedah pembelajaran  yang menarik dan berkualiti akan menggalakkan pelibatan  aktif
               murid dalam aktiviti pembelajaran. Konsep pembelajaran berasaskan murid ini akan membantu
               memantapkan penguasaan murid terhadap kemahiran yang dipelajari. Di samping itu, penekanan
               guru terhadap konsep 4K1N (komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreatif serta nilai dan
               etika)  dalam  PDPc  akan  memandu  guru  melaksanakan  pembelajaran  yang  interaktif  dan
               berpusatkan murid. Di sinilah berlakunya amalan pembelajaran abad ke 21 (PAK21) dalam proses
               PDPc.  Konsep  pembelajaran  PAK21  yang  berasaskan  pembelajaran  berpusatkan  murid  dan
               penerapan  unsur-unsur  kemahiran  berfikir  aras  tinggi  (KBAT)  dalam  PDPc  akan  menjadikan
               pembelajaran lebih aktif dan menyeronokkan.
                      Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan kompetensi
               pedagogi guru terhadap prestasi akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah. Berdasarkan
               Jadual  2  di  atas,  menunjukkan  bahawa  tahap  nilai  korelasi  antara  kompetensi  pedagogi  guru
               dengan prestasi akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah berada pada tahap sangat tinggi.
               Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa peningkatan prestasi akademik
               di sekolah-sekolah berprestasi rendah mempunyai hubungan yang signifikan dengan peningkatan
               tahap kompetensi pedagogi guru.

                                             IMPLIKASI DAN CADANGAN

                      Kompetensi  pedagogi  guru  iaitu  kemahiran  melaksanakan  PDPc  mempermudahkan
               aktiviti pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik. Implikasinya, dapat membantu guru
               memotivasikan  murid-murid  dan  menarik  perhatian  mereka  supaya  bersedia  mengikuti
               pengajaran guru dengan penuh minat. Pada akhirnya, kandungan pelajaran dapat disampaikan
               kepada  murid  mengikut  langkah-langkah  tertentu  dengan  sistematik  serta  menepati  masa
               pembelajaran yang telah ditetapkan. Melalui kaedah yang sistematik tersebut, murid-murid akan


                                                             87
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102