Page 98 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 98
terpengaruh untuk turut sama terlibat dalam aktiviti PDPc secara aktif. Oleh itu, guru wajar
melengkapkan diri dengan aspek-aspek yang berkaitan dengan kompetensi pedagogi serta
memberi perhatian sepenuhnya terhadap peranannya sebagai pemimpin instruksional dalam bilik
darjah. Kegagalan guru melaksanakan peranannya sebagai pemimpin instruksional (instructional
leadership) kerana memberi tumpuan yang lebih kepada tugas-tugas pentadbiran boleh memberi
kesan yang negatif terhadap prestasi akademik sekolah (Fook & Sidhu, 2009).
Pengurusan di peringkat sekolah juga turut memainkan peranan penting dalam
melaksanakan program-program bersesuaian yang boleh membantu meningkatkan kompetensi
pedagogi guru. Oleh itu, pihak sekolah perlu merancang program pembangunan kompetensi
pedagogi di peringkat sekolah secara terancang dan sistematik sekurang-kurangnya tiga kali
setahun melalui program Profesional Learning Communities (PLC) dan Continuing Professional
Development (CPD). Melalui program ini, guru-guru diberikan ruang untuk berkolaboratif dalam
suasana percambahan minda bagi mencari intervensi untuk menyelesaikan isu-isu kritikal PDPc
di sekolah. Melalui medium ini juga boleh digunakan untuk berkongsi pengetahuan tentang
falsafah-falsafah terkini yang menjadi asas perlaksanaan PDPc seperti KBAT, i-THINK dan
pembelajaran abad ke – 21 supaya kefahaman warga pendidik terhadap konsep falsafah-falsafah
tersebut bertambah mantap.
Dapatan kajian ini memperlihatkan dan mengenalpasti aspek-aspek dalam kompetensi
pedagogi yang perlu diberi perhatian dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah. Oleh itu,
guru harus berpandangan jelas dan jauh dalam proses merancang aktiviti pembelajaran di mana
bukan setakat melihat dari aspek perancangan, malah lebih menjurus kepada pembelajaran yang
diperoleh oleh murid. Keperluan dalam era pendidikan abad ke - 21 turut melibatkan transformasi
dalam PDPc guru kerana pengukuran kecemerlangan pendidikan bukan hanya berdasarkan
kehebatan seseorang guru tetapi juga sejauh mana penguasaan pembelajaran yang dicapai oleh
murid. Dalam proses PDPc, anjakan dalam pengajaran guru perlu berlandaskan perkongsian
pengalaman dan komitmen yang melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran.
Berdasarkan perbincangan di atas, berikut dirumuskan beberapa cadangan untuk
meningkatkan kompetensi amalan PDPc guru bagi memastikan ianya memberi impak kepada
penguasaan pelajar dan pencapaian akademik sekolah. Guru perlu membuat perancangan lebih
awal sebelum PdP dilaksanakan. Proses perancangan ini melibatkan penentuan kaedah pengajaran
yang digunakan, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan penentuan aras-aras soalan
berdasarkan tahap pengetahuan murid. Guru juga perlu mengenalpasti isi kandungan pelajaran
yang hendak disampaikan supaya menepati tajuk dan kemahiran yang hendak diajar. Dalam
konteks peranan sebagai perancang, guru perlu merancang secara sistematik kaedah penyampaian
isi pelajaran tersebut supaya jelas dan mudah difahami oleh oleh pelajar.
Guru perlu sentiasa meneroka pelbagai strategi dan teknik pengajaran yang menarik dan
menyeronokkan yang mampu menarik minat pelajar mengikuti aktiviti PDPc. Dalam aktiviti
pembelajaran, guru perlu menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti
menganalisis, sintesis, menilai dan merekacipta. Persediaan PDPc guru perlu mengambilkira aras
kebolehan pelajar dan menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar
tersebut.
Secara khususnya, kajian ini melibatkan responden dalam kalangan guru-guru yang
bertugas di sekolah-sekolah berprestasi rendah. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya
memberi gambaran tentang tahap kompetensi pedagogi dan hubungannya terhadap prestasi
akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah. Kajian-kajian selanjutnya yang ada kaitan
88

