Page 162 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 162

Komposer [kom.po.ser] (composer)

                       Kata komposer merangkumi makna yang agak luas iaitu penggubah lagu, muzik, dan
               juga kerja-kerja yang berkaitan muzik. Bidang komposer merupakan pekerjaan profesional
               yang  melibatkan  kerja-kerja  menyususn,  mengarang  dan  menggubah  muzik.  Hasil  kajian
               menunjukkan  5  respoden  suka  bunyi  baku  untuk  kata  ini  berbanding  17  responden  yang
               menyebutnya dengan sebutan asing. Perkembangan bidang muzik  yang  begitu pesat  telah
               mempopularkan kata ini sehinggakan sebutan asing menjadi pilihan dan menenggelamkan
               sebutan baku. Selain itu, komposer secara khususnya merujuk kepada seseorang yang menulis
               notasi muzik; iaitu sistem  yang mewakili aura muzik melalui penggunaan simbol- simbol
               tertentu, yang membolehkan ahli muzik memainkan nota tersebut sebagai muzik tersusun.
               Inilah yang membezakan seorang komposer daripada seorang ahli muzik yang bermain alat
               muzik. Dalam masyarakat Malaysia istilah komposer kerap digunakan untuk merujuk kepada
               muzik tradisi iaitu muzik klasikal. Untuk lagu-lagu biasa seperti muzik popular, lagu-lagu
               rakyat dan lain-lain, istilah yang kerap digunakan ialah penulis lagu kerana kebiasaanya muzik
               popular mengambil bentuk sebagai satu lagu dan juga kerana skala penulisan nota muzik yang
               kecil, berbanding dengan penggubah atau komposer muzik klasikal yang biasanya dikaitkan
               dengan gubahan besar seperti simfoni orkestra. Namun sejak kebelakangan ini, kebanyakan
               penulis  lagu  muzik  popular  juga  digelarkan  sebagai  penggubah  komposer.  Contoh  ayat:
               Kebajikan para komposer tanah air terbela setelah pihak kerajaan meluluskan peruntukan
               sebanyak RM5 juta kepada persatuan SENIMAN.

                                           Prosedur [pro.se.dur] (procedure)

                       Kata ini berasal daripada bahasa Inggeris dan bersetara dengan beberapa kata Melayu
               asli seperti cara, tata cara, atur cara, acara, langkah, teknik, kaedah, taktik, jalan, dan selok-
               belok. Dari segi semantiknya kata ini bererti cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan,
               aturan  atau  cara  bekerja  atau  melakukan  sesuatu,  dan  tatacara.  Contoh  ayat:  Dia  akan
               memastikan yang dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dengan betul menurut prosedur
               dan  peraturan.  Berdasarkan  USK,  terdapat  20  responden  yang  selesa  menyebut  kata  ini
               dengan bunyi asing dan hanya 2 responden yang mengekalkan sebutan baku.

                                                   Sivil [si.vil] (sivil)

                       Seramai 18 responden menyebut kata ini dengan bunyi asing dan hanya 4 responden
               yang mengekalkan bunyi baku. Dari segi takrifannya, ‘sivil’ bererti 1. berkaitan dengan orang
               awam atau orang biasa, berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan. Contoh ayat:
               Para pemimpin autoritarian gemar mencari alasan untuk mengurangkan hak sivil dan politik;
               2. berkaitan dengan yang bukan jenayah. Contohnya: Mahkamah sivil; Kes sivil. g

                                            Restoran [res.to.ran] (restoran)

                       Bagi kata ini seramai 17 responden gemar menyebutnya dalam sebutan asing. Hanya
               5 responden yang menyebutnya dalam sebutan baku. Dalam bahasa Melayu asli telah ada
               setara  yang sesuai iaitu kedai makan. Dari segi semantiknya restoran ialah sebuah tempat
               menghidangkan makanan dan minuman yang siap untuk dipesan, dan dimakan atau minum di
               premis. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan. Restoran juga
               merupakan sebuah tempat yang lebih luas, menarik dan bercirikan moden. Contoh ayat: Harga
               berpatutan  dan  rasa  makanan  yang  sedap  menjadi  tarikan  utama  golongan  remaja
               berkunjung ke restoran Pak Maun setiap tengah hari.


                                                           152
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167