Page 164 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 164

Maka,  setiap  alumni  dianggap  mempunyai  tanggungjawab  terhadap  institusi  yang  telah
               dihadiri kerana gelaran 'alumni' itu bermaksud seseorang itu membawa nama institusi tersebut.

                                             Rumusan Ujian Sebutan Kata

               Jadual 1
               Interpretasi Skor Markah KKA


                            Markah               Tahap Penerimaan KKA

                            14-22                Tinggi


                            7-13                 Sederhana


                            01-06                Rendah


               Sumber: (Dohimbang Bongkihoi, 2011; Noorul Khairien Abdul Malek, Hasnah Mohamad,
               2013)

                       Jadual  1  merupakan  interpretasi  skor  markah  untuk  mengkategorikan  tahap
               penerimaan KKA responden dalam bahasa Melayu berdasarkan sebutan dalam aktiviti USK
               yang dijalankan semasa temu bual separa berstruktur. Analisis data menunjukkan semua 22
               orang responden (100%) berada pada tahap penerimaan tinggi. Secara perbandingan, semua
               kata asing yang disebut secara sebutan asing  dalam USK berada dalam julat markah 14-22.
               Tiada data menunjukkan penerimaan di tahap sederhana dan rendah terhadap KKA dalam
               bahasa Melayu. Oleh itu, data dan analisis membuktikan bahawa tahap penerimaan KKA
               tinggi kerana semua responden menyebut KKA dalam bahasa Melayu menggunakan bunyi
               sebutan asing iaitu daripada bahasa sumber. Penerimaan di tahap tinggi juga menjelaskan lagi
               bahawa  semua  responden  suka  dan  selesa  terhadap  KKA.  Selain  itu,  data  ini  juga
               menunjukkan bahawa semua responden yang cemerlang dalam bahasa Melayu di peringkat
               pendidikan rendah dan tinggi menggemari sebutan asing berbanding sebutan dalam Melayu
               asli. Walaupun sebenarnya mereka mengetahui sebutan yang benar adalah sebaliknya iaitu
               mesti disebut secara baku. Topik berikutnya adalah perbincangan tentang sebutan baku dalam
               bahasa Melayu.
                       Skor  markah  yang  dibina  berdasarkan  julat  matematik  iaitu  jumlah  responden
               dibahagikan kepada tiga kumpulan. Markah 14-22 merujuk kepada tahap penerimaan tinggi,
               7-13  markah  penerimaan  sederhana  dan  1-6  markah  penerimaan  rendah  (Dohimbang
               Bongkihoi, 2011)(Noorul Khairien Abdul Malek, Hasnah Mohamad, 2013). Setelah aktiviti
               USK  disemak  sepenuhnya  dan  markah  dikumpul,  analisis  keseluruhan  skor  markah
               menentukan tahap penerimaan KKA responden adalah seperti Rajah 1.

                                          Perbincangan dan rumusan kajian.

                       Keupayaan untuk  mengetahui dan mengamalkan kaedah sebutan  yang tepat  dalam
               kalangan pelajar amat penting terutamanya ketika sedang melaksanakan pengajaran di bilik
               darjah. Keadaan menjadi lebih penting lagi kerana responden kajian suatu hari nanti selepas
               tamat  pengajian  akan  menjadi  guru  bahasa  Melayu  di  sekolah.  Justeru  itu,  melestarikan
               sebutan  baku  dalam  sistem  pendidikan  harus  diberi  keutamaan.  Persepsi  dan  sikap


                                                           154
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169