Page 165 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 165

bagaimanakah yang akan menjadi pegangan dalam melaksanakan tugas sebagai guru bahasa
               Melayu  kelak  (Altan,  2006).  Mengetahui  ilmu  bahasa  semata-mata  hanyalah  di  peringkat
               kognitif sahaja tetapi dari segi afektifnya menunjukan kesongsangan kerana perasaan suka dan
               gemar  itu  berbeza  dari  pengetahuan  yang  dimiliki.  Maka  terjemahan  kepada  tingkahlaku
               adalah seiring dengan apa yang ada di peringkat afektif. Oleh itu, ilmu bahasa yang dimiliki
               hanya wujud di kognitif sahaja.
                       Kepentingan kaedah sebutan baku adalah untuk menjaga keaslian bahasa Melayu dan
               juga  jati  diri  penuturnya  (Zaharani  Ahmad,  Nor  Hashimah  Jalaluddin,  Fazal  Mohamed
               Mohamed Sultan, Harishon Radzi, 2011). Kegagalan dalam membakukan sebutan KKA bakal
               menjejaskan maruah bahasa Melayu (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014). Bahasa Melayu telah
               melalui sejarah  yang panjang untuk  berada sama tinggi  dengan bahasa-bahasa dunia lain.
               Bahasa baku dihormati dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
               (Miller, 2007; Miriam Meyerhoff, 2006). Ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Nor Hashimah
               Jalaluddin (2014), yang mengambil madah Tenas Effendy seperti berikut:

               apa tanda Melayu yang bijak, berfikir dahulu sebelum bertindak, apa tanda Melayu beradab,
               berfikir  dahulu  sebelum  bercakap,  apa  tanda  Melayu  bertuah,  berfikir  dahulu  sebelum
               bermadah, dan apa tanda Melayu berakal, berfikir dahulu sebelum berbual.
               (Tenas Effendy, 2008).

                       Madah yang mendalam maksudnya ini adalah mengenai akal budi, pemikiran, falsafah
               dan  maruah  bangsa  dalam  mempertahankan  bahasa  dan  bangsa  Melayu.  Oleh  itu,
               perbincangan berikutnya adalah tentang peranan sebutan baku dari sudut sejarah, kesan dan
               manfaatnya dalam bahasa Melayu. Dalam sesebuah bahasa ‘sebutan’ adalah ‘nyawa’ kepada
               sesebuah bahasa manakala tulisan adalah tulang belakangnya. Hal ini dinyatakan Wardhaugh
               dan Ronald (1998), dalam bukunya An Introduction to Sociolingustics iaitu kedua-duanya
               perlu difahami kerana fungsinya dalam perhubungan sesama manusia. Keupayaan bertutur
               dengan fasih dan teratur dari segi susunan ayat merupakan aset penting bagi seseorang pelajar
               terutamanya untuk bakal guru. Sebelum bertutur berlakunya proses berfikir untuk pemilihan
               perkataan yang akan digunakan sebelum disampaikan dalam bentuk pertuturan (Norgaard,
               2015). Pemilihan sebutan juga berlaku sama ada untuk menyebutnya dalam bentuk baku atau
               sebaliknya (Callahan & Herring, 2012; Gutierrez-Clellen, 1999). Aktiviti USK dalam kajian
               ini dijalankan adalah berkaitan dengan sebutan baku yang menjadi teras dalam bahasa Melayu
               standard di Malaysia. Perbincangan ini akan menerangkan hal sebutan baku supaya dapat
               difahami dengan lebih mendalam.
                       Secara rumusannya, hal-hal yang berkaitan dengan sebutan ini memberi kesan yang
               amat besar dalam bahasa Melayu kerana ia menjadi antara tunjang penting. Dasar yang telah
               wujud  sejak  tahun  1956  ini  perlu  disegarkan  kembali  dalam  masyarakat  penutur  bahasa
               Melayu.  Antara  rumusan  penting  yang  telah  dipersetujui  adalah  seperti  berikut:  Pertama
               adalah anggapan lama bahawa bunyi bahasa Melayu yang standard iaitu loghat Riau-Johor
               tidak sesuai lagi dengan keadaan bahasa Melayu pada masa kini. Justeru itu vokal /a/ dan suku
               kata  hidup  yang  akhir  pada  sesuatu  perkataan  dibunyikan  a  bukan  e.  Misalnya  apa  yang
               diucapkan [apa], dan buka [ape]. Kedua adalah ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah
               disamakan atau disatukan, peraturan mengenai ejaan hendaklah mudah, dan sistem fonemik
               diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik. KKA hendaklah disesuaikan
               dengan sistem fonetik masyarakat Melayu. Ketiga adalah prinsip fonemik adalah kata-kata
               dieja sebagaimana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tiada huruf
               yang senyap. Misalnya saya disebut sa.ya bukannya sa.ye, kurus disebut ku.rus bukannya
               ku.ros,  republik  diucap  re.pub.lik  dan  bukan  ri.pab.lik  seperti  ucapan  Inggeris.  Keempat
               adalah bunyi bahasa Melayu beraneka ragam menurut loghat yang ada. Sebutan loghat Johor-


                                                           155
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170