Page 168 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 168
Tahap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Dalam Kalangan Pelajar
Sebuah Kolej Matrikulasi
1
2
Mohd Zaini @ Mat Zani Abdullah, Ph.D , Chow Choon Wooi
Mohd Latifi Abdul Ghani , Muhammad Haziq Mohd Redzuan
3
4
1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Kedah
1
zainismkpp@gmail.com
Abstrak
Kajian ini meneliti tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri pelajar kolej matrikulasi.
Secara khusus, kajian ini menilai tahap pengurusan kendiri, keazaman untuk belajar secara
terarah kendiri dan kawalan kendiri. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai
309 sampel dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan sukarela daripada populasi
pelajar Program Satu Tahun Jurusan Sains dan Perakaunan Sesi Pengajian 2017/2018
berjumlah 1718 orang. Data kajian diperoleh melalui instrumen Self Directed Learning
Readiness Scale (SDLRS) oleh Guglielmino (1977) yang telah diadaptasi dan mengandungi
20 item. Data dianalisis menggunakan model pengukuran dan statistik deskriptif. Dapatan
kajian menunjukkan tahap pengurusan kendiri, keazaman untuk belajar secara terarah
kendiri dan kawalan kendiri adalah tinggi yang menyumbang kepada tahap kesediaan
pembelajaran terarah kendiri yang tinggi. Penilaian terhadap model pengukuran tiga sub-
konstruk kesediaan pembelajaran terarah kendiri menunjukkan tahap kesepadanan model
yang munasabah. Kajian ini secara langsung memberi gambaran bahawa tahap kesediaan
pembelajaran terarah kendiri pelajar sebuah kolej matrikulasi adalah tinggi.
Kata Kunci : kesediaan pembelajaran terarah kendiri, pengurusan kendiri, keazaman untuk
belajar secara terarah kendiri dan kawalan kendiri.
PENGENALAN
Kolej Matrikulasi merupakan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan
yang menyediakan program matrikulasi bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada
awalnya program matrikulasi dikendalikan oleh setiap universiti awam di Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih dan menyatukan program matrikulasi
bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Walaupun
program matrikulasi telah dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
namun pihak universiti awam masih terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum,
soalan peperiksaan, pentaksiran soalan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan semester
program matrikulasi.
Sesuai dengan peranannya sebagai pusat menyediakan pelajar untuk pengajian
peringkat ijazah pertama di universiti awam, transformasi kurikulum program matrikulasi
perlu menjurus kepada pendekatan andragogi dalam penyampaian kandungan kurikulum
kepada pelajar. Andragogi adalah seni dan sains untuk membantu pembelajaran orang dewasa
(Pappas, 2013). Sehubungan dengan itu, penggunaan strategi pengajaran di kolej matrikulasi
perlu menekankan kepada usaha menyediakan pelajar untuk menangani isu, menjana idea,
menjawab persoalan dan berupaya menyelesaikan masalah. Pendekatan andragogi
membolehkan pelajar memahami bahawa pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat.
Di negara-negara maju pendidikan sepanjang hayat telah menjadi satu dasar pendidikan untuk
membolehkan pelajar menggunakan ilmu dalam kehidupan seharian dan kehidupan
158

