Page 169 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 169
profesional mereka secara berterusan (Dehmel, 2006; Wang, Song, & Kang, 2006). Dalam
bidang pendidikan dewasa, pendekatan andragogi perlu disesuaikan dengan tahap kesediaan
pembelajaran terarah kendiri pelajar bagi memenuhi keinginan dan keperluan yang dirasai
oleh orang dewasa untuk terus belajar (Brocket & Hiemstra, 1991). Knowles (1975)
berpendapat pembelajaran terarah kendiri bukanlah pendidikan sementara tetapi merupakan
asas kompeten manusia iaitu keupayaan untuk belajar secara sendiri.
Pembelajaran terarah kendiri sentiasa dianggap sebagai satu kemahiran yang berharga
sama ada di tempat kerja atau dalam persekitaran pembelajaran (Taylor, 1995; Murane &
Levy, 1996; Rees & Bary, 2006). Individu yang memiliki pembelajaran terarah kendiri
mempunyai motivasi kendiri dan berupaya menggunakan pelbagai sumber pembelajaran
untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran mereka (Brockett & Hiemstra, 1991;
Candy, 1991). Walaupun berhadapan dengan persekitaran pembelajaran yang pelbagai, pelajar
terarah kendiri boleh menyelesaikannya melalui perolehan pengetahuan dan pengurusan
masalah (Merriam & Caffarella, 1991; Gibbons, 2002). Dağal dan Bayindir (2016)
mencadangkan agar matlamat pendidikan perlu disesuaikan dengan persekitaran ledakan
pengetahuan yang pantas bagi menghasilkan ramai individu yang mampu mengakses sendiri
keperluan pembelajaran seperti kaedah pembelajaran dan sumber yang diperlukan untuk
mencapai keperluan pembelajaran, menghasilkan pelajar yang sentiasa bermotivasi dan boleh
belajar sendiri dengan mengurangkan kebergantungan kepada guru.
Kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran terarah kendiri merupakan faktor
utama yang mempengaruhi hasil pembelajaran pelajar sama ada dalam persekitaran
pembelajaran tradisional atau persekitaran pembelajaran jarak jauh (Pao-Nan Chou, 2012;
Long, 1991). Di luar negara kajian telah dilakukan terhadap tahap kesediaan pembelajaran
terarah kendiri yang melibatkan pelajar kejuruteraan (Litzinger, Wise & Lee, 2005; Stewart,
2007; Pao-Nan Chou, 2012), pelajar dalam persekitaran pembelajaran atas talian (Song & Hill,
2007), pelajar universiti (Rafiee, Pakhakh & Gorjian, 2014), pelajar kejururawatan (Addis
Adera Gebru, Shahrazad Ghiyasvandian, Noorodin Mohammodi, Markos Kidane, 2015; Van
Rensburg & Botma, 2015; Afsha Badshah Said, Nasreen Ghani, Awal Khan & Musarrat
Kiramat, 2015; Wang-qin Shen, Hong-lin Chen & Yan Hu, 2014; ) dan pelajar perubatan (Al-
Basri, Al-Afari, Al-Hibshi, Al-Sayes, Soo & Tekian, 2017; Bodkyn & Stevens, 2015; Pai,
Rao, Punja & Kamath, 2014; Gyawali, Jauhari, Shankar, Saha & Ahmad, 2011). Sementara
itu, kajian tempatan telah melibatkan pelajar Institut Pendidikan Guru (Kok Boon Shiung,
Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir, 2009; Mai Shihah Abdullah & Norman Mat Nor, 2014; ),
pelajar sekolah menengah harian (Maimunah Kari & Rosseni Din, 2007; Muhamad Suhaimi
Taat, Mohd Yusof Abdullah & Roslee Talip, 2014) dan pelajar tingkatan enam (Maimunah
Nasir & Hashimah Mohd Yunus, 2017). Namun, kurang tumpuan diberikan terhadap tahap
kesediaan pembelajaran terarah kendiri dalam kalangan pelajar program matrikulasi.
Kajian lepas mendapati pelajar cemerlang mempunyai tahap kesediaan pembelajaran
terarah kendiri yang tinggi (Sukseemung, 2009; Semmar Yassir. 2007). Sehubungan dengan
itu, program matrikulasi ditawarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
bagi menyediakan asas input yang sesuai untuk pendekatan andragogi (Zuaini Ishak, Nur
Aziah Abdul Manaf & Rosliza Mat Zin, 2008). Namun, kajian Mohd Mahzan Awang (2009)
mendapati pelajar di Malaysia kurang berjaya melaksanakan pembelajaran terarah kendiri
berbanding pelajar di negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Eropah. Kajian-kajian lain
juga membuktikan tahap pembelajaran terarah kendiri dalam kalangan murid sekolah di
Malaysia masih berada pada tahap kurang memuaskan (Mohd Ery Johaizal, 2009; Rosnani
Hashim, 2009). Hal ini menyebabkan prestasi akademik pelajar menjadi tidak konsisten dan
merosot semasa mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi (Mohd Mahzan Awang,
2009; Mohd Ery Johaizal, 2009; Rosnani Hashim, 2009). Situasi ini telah menimbulkan
159

