Page 170 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 170

kekeliruan  tentang  tahap  sebenar  kesediaan  pembelajaran  terarah  kendiri  pelajar  program
               matrikulasi.
                                                 OBJEKTIF KAJIAN

                       Secara umumnya, kajian ini bertujuan menilai tahap kesediaan pembelajaran terarah
               kendiri  pelajar  sebuah  kolej  matrikulasi.  Objektif  kajian  ini  adalah  untuk  menilai  tahap
               pengurusan  kendiri,  keazaman  untuk  belajar  secara  terarah  kendiri  dan  kawalan  kendiri
               sebagai subkonstruk kepada kesediaan pembelajaran terarah kendiri.

                                                  SOROTAN KARYA

                       Pembelajaran  terarah  kendiri  sering  digunakan  dalam  konteks  pembelajaran  orang
               dewasa. Hal ini menjadikan pembelajaran terarah kendiri satu elemen penting dalam teori
               pembelajaran  orang  dewasa  (Merriam,  2001).  Pelbagai  definisi  telah  diberikan  terhadap
               pembelajaran terarah kendiri oleh para sarjana. Knowles (1975) mendefinisikannya sebagai
               satu proses pelajar mengambil inisiatif sama ada dengan atau tanpa bantuan orang lain dalam
               mengenal pasti keperluan pembelajaran mereka seperti merumuskan matlamat pembelajaran,
               mengenal pasti sumber pembelajaran, memilih dan melaksanakan strategi pembelajaran yang
               sesuai  serta  menilai  hasil  pembelajaran.  Sarjana  seperti  Knowles  (1975),  Tough  (1979),
               Harrison, (1978) dan Oddi (1986) beranggapan bahawa pembelajaran terarah kendiri sebagai
               satu  proses  pengendalian pengajaran  dengan menumpukan kepada tahap autonomi  pelajar
               dalam  pelaksanaan  pengajaran.  Sebaliknya  sarjana  seperti  Brocket  dan  Hiemstra  (1991)
               berpandangan pembelajaran terarah kendiri perlu memberi pertimbangan kepada dua elemen,
               iaitu  proses  pengajaran  dan  ciri-ciri  personaliti.  Proses  pengajaran  merujuk  kepada
               pembelajaran terarah kendiri  manakala  ciri-ciri  personaliti merujuk  kepada pelajar terarah
               kendiri. Gugliemino (1977) melihat pembelajaran terarah kendiri sebagai ciri-ciri personal
               yang  dikaitkan  dengan  kebolehan  pelajar  memahami  tanggungjawabnya  dalam  proses
               pembelajaran melalui pengurusan kendiri, keazaman untuk belajar secara terarah kendiri dan
               kawalan kendiri yang tinggi. Tiga subkonstruk kesediaan pembelajaran terarah kendiri yang
               dicadangkan  oleh  Gugliemino  (1977)  telah  digunakan  secara  meluas  sebagai  kerangka
               teoritikal  untuk  mengkaji  tahap  kesediaan  pembelajaran  terarah  kendiri  (Prabjandee  &
               Inthachot, 2013).
                       Selain  daripada  itu,  kajian-kajian  tempatan  yang  telah  dijalankan  tentang  tahap
               kesediaan  pembelajaran  terarah  kendiri  menunjukkan  suatu  dapatan  yang  tidak  konsisten.
               Kajian  Mai  Shihah  Abdullah  dan  Norman  Mat  Nor  (2014)  dalam  kalangan  guru  pelatih
               Opsyen Sains di sebuah Institut Pendidikan Guru mendapati tahap kesediaan pembelajaran
               terarah kendiri guru pelatih adalah sederhana. Sementara itu, kajian Kok Boon Shiong et al.
               (2009) terhadap pelajar daripada kumpulan kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program
               Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan turut
               mendapati tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri responden kajian adalah sederhana
               dan rendah. Namun, kajian Maimunah Kari dan Rosseni Din (2007) dalam kalangan murid
               sekolah  menengah  harian  di  Negeri  Sembilan  yang  dipilih  secara  rawak  berstrata
               menunjukkan majoriti murid mempunyai tahap pembelajaran terarah kendiri yang tinggi.
                       Sementara itu, kajian-kajian di luar negara menunjukkan satu dapatan yang hampir
               konsisten. Kajian oleh Addis Adera Gebru et al. (2015) dalam kalangan pelajar ijazah pertama
               bidang kejururawatan Universiti Sains Perubatan di Tehran, Iran mendapati majoriti  (90.52%)
               tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri pelajar tertumpu kepada tahap kawalan kendiri
               yang  tinggi.  Kajian  ini  merumuskan  pelajar  yang  matang  lebih  bersedia  melaksanakan
               pembelajaran  terarah  kendiri.  Afsha  Badshah  Said  et  al.  (2015)  telah  melakukan  kajian
               terhadap  pelajar  kejururawatan  di  Peshawar,  Pakistan.  Rumusan  kajian  mendapati  pelajar


                                                           160
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175