Page 172 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 172
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan instrumen Self Directed Learning Readiness Scale (SDLRS)
oleh Guglielmino (1977) yang telah diadaptasi oleh Khairul Azhar Mat Daud et al. (2015) ke
dalam Bahasa Melayu bagi mengukur konstruk pembelajaran terarah kendiri yang terdiri
daripada tiga subkonstruk, iaitu pengurusan kendiri (6 item) daripada item PK1 hingga item
PK6, keazaman untuk belajar secara terarah kendiri (7 item) bermula dengan item KB1 hingga
item KB7 dan kawalan diri (7 item) daripada item KD1 hingga item KD7. Kesemua item
berbentuk pernyataan positif dan menggunakan skala jenis LIKERT lima mata dengan 1 =
sangat tidak bersetuju; 2 = tidak bersetuju; 3 = sederhana setuju; 4 = bersetuju dan 5 = sangat
bersetuju.
ANALISIS DATA
Analisis faktor pengesahan menggunakan perisian AMOS 22 dilakukan untuk tujuan
kesahan konstruk. Kesahan konstruk dinilai daripada dua aspek, iaitu kesahan menumpu dan
kesahan membeza (Hair, Black, Babin & Anderson, 2010). Seterusnya, analisis min dan
sisihan piawai menggunakan perisian SPSS 23 dibuat untuk menilai tahap pengurusan kendiri,
keazaman untuk belajar secara terarah kendiri dan kawalan kendiri sebagai subkonstruk
kepada kesediaan pembelajaran terarah kendiri.
Analisis Faktor Pengesahan
Rajah 1 menunjukkan model pengukuran tiga subkonstruk kesediaan pembelajaran
terarah kendiri yang mencapai tahap kesepadanan. Kriteria tahap kesepadanan dinilai
berasaskan cadangan Hair et al. (2010), iaitu satu petunjuk Absolute Fit Index (AFI), satu
petunjuk Incremental Fix Index (IFI) dan satu petunjuk Parsimony Fit Index (PFI) sebagai
tambahan kepada nilai khi kuasa dua (χ2).
Rajah 1 : Model Pengukuran Tiga Sub-Konstruk Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri
162

