Page 94 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 94

& Cheah, 2009) dan kurang mengamalkan inovasi ABM melalui teknologi maklumat dan aktiviti
               pembelajaran murid secara berkumpulan (Cloke, Sabariah & Abdul Said, 2006).
                      Rajendran (2001), Ooi (2002) dan Lim (2007) pula mendapati pengajaran guru kurang
               menitikberatkan kemahiran berfikir menyebabkan ramai murid  gagal menjawab soalan-soalan
               berbentuk penyelesaian masalah dan tahap aras tinggi (KBAT). Beberapa kajian juga mendapati
               bahawa isu “salah konsep” dalam pengajaran oleh guru-guru novis disebabkan kurang menguasai
               konsep dalam subjek Sains dan Metamatik (Noorashikim Noor Ibrahim, 2003; Maizatul Akmal
               Sahudin, 2008;  Yazid  Yusof, 2008).  Kaedah pengajaran  guru  yang tidak mengambilkira  aras
               kemampuan kognitif dan tahap kebolehan murid menyebabkan proses pengajaran tidak berkesan
               (Shahril Marzuki, 2005).
                      Ishak Harun (2007) pula menyentuh tentang kegagalan guru melaksanakan bimbingan
               yang sepatutnya kepada murid-murid. Terdapat juga beberapa kajian yang mendapati bahawa
               soalan ujian yang digunakan oleh guru tidak dibina mengikut prosedur pengukuran yang betul
               menyebabkan interpretasi tentang tahap kebolehan murid kurang tepat (Siaw, 2006; Rosmawati
               Musa,  2007).    Manakala,  Noriati  A.  Rashid,  et.  al.  (2011)  pula  mendapati  faktor  yang
               menyebabkan  murid  tidak  melibatkan  diri  secara  aktif  dalam  aktiviti  pembelajaran  adalah
               disebabkan pengajaran dan suasana bilik darjah yang tidak menarik. Manakala Sukiman Saad, et.
               al. (2013) pula mendapati guru kurang mengamalkan soalan terbuka aras tinggi dalam aktiviti
               pembelajaran. Berdasarkan faktor jantina pula, guru lelaki kurang menekankan aspek persekitaran
               pembelajaran dalam bilik darjah berbanding dengan guru wanita (M. Nur Mustafa, 2013).
                      Amalan guru yang membimbing murid-murid dengan kaedah yang kurang sesuai juga
               dilihat  menjadi  punca  kemerosotan  prestasi  akademik  murid.  Kecenderungan  guru  meneroka
               intervensi-intervensi  yang kreatif dan inovatif serta strategi-strategi pengajaran  yang berkesan
               dalam membimbing murid-murid yang lemah prestasi akademiknya masih pada tahap kurang
               memuaskan.  Oleh  sebab  itu,  Ishak  Harun  (2007)  merumuskan  kelemahan  guru  sebagai
               pembimbing utama kepada murid dan kurangnya kefahaman terhadap falsafah-falsafah sebagai
               asas perlaksanaan PDPc merupakan antara faktor keciciran murid dalam subjek Bahasa Melayu
               di pedalaman Sabah.  Kenyataan oleh Ishak Harun (2007) di atas bersesuaian dengan kajian oleh
               Mohamad Zaid Mustafa, et. al. (2010) yang telah menjalankan kajian terhadap tahap kompetensi
               sikap  (domain  afektif)  guru-guru  yang  baharu  menamatkan  latihan  perguruan  di  IPTA
               berdasarkan perspektif guru-guru pembimbing mandapati bahawa tahap pengetahuan guru dalam
               bidangnya masih berada pada tahap sederhana. Oleh itu, guru-guru novis juga perlu lebih proaktif
               melengekapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran baharu sebelum diajar kepada murid.
               Guru  wajar  meneroka  kemahiran  baharu  dengan  lebih  meluas  dan  mendalam  terlebih  dahulu
               supaya  dapat  meleksanakan  pengajaran  dengan  lebih  berkesan.  Proses  pengajaran  akan
               mengalami masalah jika guru tidak menguasai dengan baik kandungan dan kemahiran yang ingin
               diajar kepada murid.

                                                METODOLOGI KAJIAN

                      Dalam kajian ini, pendekatan kuantitatif digunakan di mana data yang diperoleh daripada
               tingkah laku responden dianalisis menggunakan statistik inferensi. Borang soal selidik digunakan
               untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden. Populasi dan sampel kajian adalah
               terdiri  daripada  guru-guru  yang  mengajar  di  sekolah  kebangsaan  (SK)  di  tiga  buah  Pejabat
               Pendidikan Daerah (PPD) di Bahagian Barat dan Utara Negeri Sabah. Seramai 335 guru yang
               terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Pemilihan sekolah-sekolah daripada tiga buah PPD
               tersebut sebagai sampel kajian adalah berdasarkan factor-faktor bahawa masih terdapat sekolah-

                                                             84
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99