Page 93 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 93
pembelajaran dan pemudahcaraan, pentaksiran dan penilaian serta pengurusan bilik darjah
terhadap prestasi akademik di sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti tahap skor min kompetensi pedagogi dalam kalangan guru-guru di sekolah-
sekolah berprestasi rendah.
2. Mengenalpasti hubungan antara kompetensi pedagogi dengan prestasi akademik di
sekolah-sekolah berprestasi rendah.
SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap skor min kompetensi pedagogi guru di sekolah-sekolah berprestasi rendah?
2. Adakah terdapat hubungan signifikan antara kompetensi pedagogi guru dengan prestasi
akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah?
HIPOTESIS KAJIAN
Ho1 Tidak terdapat hubungan signifikan kompetensi pedagogi guru dengan prestasi
akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Kompetensi pedagogi dikonsepkan sebagai keupayaan penguasaan pengetahuan dan
kemahiran serta mempunyai sikap positif untuk menterjemah pengetahuan itu kepada satu bentuk
imej baharu supaya murid boleh memahami dengan mudah serta mengaplikasinya dalam
kehidupan seharian (Sazali Yusoff, et. al., 2007). Oleh itu, dalam usaha menyampaikan maklumat
kepada murid-murid, guru-guru harus mendedahkan kepada murid-murid maklumat yang terkini
dan spesifik untuk membolehkan mereka faham dengan mudah dan jelas.
Kompetensi pedagogi seseorang guru pula digambarkan melalui kemampuannya
menyelenggarakan aktiviti PDPc dengan berkualiti. Menurut Westera (2001), kompetensi
pedogagi guru meliputi pengetahuan dan penguasaan terhadap subjek, kandungan pedagogi,
kaedah pengajaran dan pembelajaran, dan kurikulum. Di samping itu, pengalaman mengajar dan
status pensijilan turut diambil kira dalam menentukan kompetensi seseorang guru. Lantaran itu,
keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada sejauh mana kualiti pengajaran dalam
bilik darjah. Dalam hal ini, kompetensi pegadogi guru memainkan peranan penting dalam
menentukan sama ada pengajaran guru itu berkesan dan berkualiti atau sebaliknya. Manakala,
kualiti pengajaran guru pula bergantung kepada tahap pengetahuan dan penguasaan guru terhadap
mata pelajaran yang diajar, pengetahuan guru terhadap kandungan pedagogi dan juga kurikulum.
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru
masih kurang berkesan dalam mempengaruhi peningkatan prestasi akademik sekolah (Leithwood
& Levin, 2010). Ini di sebabkan guru hilang keyakinan, kesabaran dan fokus kepada tugas
pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyebabkan kompetensi pedagogi lemah (Bity Salwana,
et. al. 2010). Fenomena ini seringkali menyebabkan gejala tekanan dan burnout dalam kalangan
guru (Helen Malaka, et. al. 2005) sekaligus menjejaskan kualiti pengajaran. Persediaan
pengajaran guru pula tidak dirancang secara sistematik sebelum memulakan pengajaran (Chong
83

