Page 95 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 95
sekolah di bawah kawalan PPD tersebut berada dalam kategori sekolah berprestasi rendah (SPR).
Sekolah-sekolah yang terlibat sebagai sampel kajian masih mempunyai subjek-subjek teras yang
Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan Gred Purata Sekolah (GPS) masih berada pada tahap 3.0
ke atas serta berada dalam Band 5 ke atas yang dikategorikan sebagai sekolah berprestasi rendah
(SPR) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 1 pula menunjukkan bahawa nilai skor min keseluruhan bagi variabel kompetensi
pedagogi ialah 4.11 (sp=.51). Nilai skor min ini menunjukkan bahawa kompetensi pedagogi guru
mempunyai nilai skor min pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, tahap kompetensi
pedagogi guru menunjukkan bahawa majoriti mempunyai tahap kompetensi tinggi iaitu seramai
267 orang (79.7%). Manakala sebilangan kecil lagi iaitu seramai 2 orang (0.6%) mempunyai tahap
kompetensi pedagogi yang sederhana. Manakala, seramai 66 (19.7%) mempunyai tahap
kompetensi pedagogi yang sangat tinggi. Secara keseluruhannya didapati dimensi variabel
kompetensi pedagogi yang paling tinggi ialah dimensi pengurusan bilik darjah (min=4.11, sp=.51)
dan yang terendah ialah dimensi bimbingan (min=3.90, sp=.36).
Analisis Skor Min Kompetensi Pegagogi Guru
Jadual 1
Analisis Skor Min Kompetensi Pedagogi Guru
Dimensi Min Sisihan Interprestasi
Piawai
Perlaksanaan aktiviti PdP 4.06 .47 Tinggi
Bimbingan 3.90 .36 Tinggi
Mengintegrasi kemahiran generik dalam PdP 3.91 .48 Tinggi
Pentaksiran dan penilaian 4.04 .44 Tinggi
Pengurusan bilik darjah 4.11 .51 Tinggi
Keseluruhan 4.11 .51 Tinggi
Berdasarkan analisis item-item yang terkandung dalam kompetensi pedogagi, didapati
bahawa skor min keseluruhan bagi kompetensi pedagogi berada pada tahap tinggi. Daripada lima
dimensi yang dikaji, dimensi yang menunjukkan tahap skor min yang tertinggi ialah dimensi
pengurusan bilik darjah. Manakala dimensi yang mendapat skor min terendah pula ialah dimensi
bimbingan. Pengurusan bilik darjah yang baik mencerminkan keberkesanan guru dalam
melaksanakan PDPc. Dimensi ini merujuk kepada kompetensi guru melaksanakan peraturan-
peraturan dalam bilik darjah yang sistematik supaya mudah mengawal disiplin sekaligus dapat
mewujudkan tingkahlaku murid yang positif. Di samping itu, guru juga dapat mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang kondusif, ceria, selamat serta bahan sumber pembelajaran disusun
dengan kemas dan teratur.
Dimensi pengurusan bilik darjah juga melibatkan pengurusan hubungan manusia, masa,
ruang dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Berdasarkan
dapatan dalam dimensi pengurusan bilik darjah, dapatan kajian ini mendapati guru-guru dapat
mengurus bilik darjah sebagai tempat pembelajaran yang kondusif. Peraturan bilik darjah yang
dikuatkuasakan berjaya mengawal disiplin dan berupaya mewujudkan tingkah laku yang postif
85

