Page 96 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 96

dalam  kalangan  murid  semasa  berada  dalam  bilik  darjah.  Manakala,  aspek  keselamatan  bilik
               darjah  yang  digunakan  untuk  pembelajaran  adalah  wajar  diambil  perhatian  supaya  sentiasa
               terjamin.
                      Dimensi bimbingan walaupun mendapat skor min yang terendah tetapi nilai tahap min
               bagi  dimensi  ini  berada  pada  tahap  tinggi.  Dimensi  ini  adalah  merujuk  kepada  peranan  guru
               sebagai  pembimbing  dengan  memberi  nasihat  dan  bimbingan  kepada  murid-murid  yang
               menghadapi masalah dalam pembelajaran. Kesemua item dalam dimensi ini menunjukkan skor
               min yang tinggi iaitu item “saya melaksanakan aktiviti pemulihan”, “saya melaksanakan aktiviti
               pengayaan” dan “saya membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa”. Dalam dimensi ini,
               dapatan kajian menunjukkan guru-guru melaksanakan aktiviti bimbingan kepada murid-murid
               yang belum mencapai tahap penguasaan minima semasa proses PDPc tetapi kurang menekankan
               kepada  proses  mengenalpasti  potensi  murid  yang  berbeza  dari  segi  tahap  penguasaan,
               pengalaman, minat dan kebolehan. Aspek kepelbagaian aras penguasaan dalam kalangan murid
               ini perlu diambil perhatian oleh guru dalam  merancang aktiviti  bimbingan supaya intervensi-
               intervensi  yang  dilaksanakan  benar-benar  dapat  merawat  masalah  yang  dihadapi  oleh  murid
               tersebut. Walaupun pelbagai intervensi dilaksanakan tetapi masih tidak berfokus kepada masalah
               sebenar pembelajaran murid menjadi punca kepada kemerosotan prestasi akademik di sekolah-
               sekolah  tersebut.  Misalnya,  masalah  4M  (membaca,  menulis,  mengira  dan  menakul)  tidak
               diselesaikan seawal di Tahun 1 menyebabkan masih ada murid yang menghadapi masalah ini
               apabila berada di Tahun 6.
                      Kompetensi pedagogi dalam kajian ini merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan
               PDPc yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Perancangan dan perlaksanaan
               PDPc sewajarnya sesuai, spesifik dan releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik
               darjah, masa yang diperuntukan serta sesuai dengan tahap penguasaan murid. Pengurusan dan
               perlaksanaan PDPc juga perlu melibatkan pemilihan, penyusunan, dan pemanipulasian sumber
               untuk membantu meningkatkan keberkesanan PDPc. Aspek-aspek ini wajar dikuasai oleh guru
               dalam membuat perancangan dan perlaksanaan PDPc yang menarik dan berkesan.
                      Dapatan kajian ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Bity Salwana Alias, et.
               al.  (2010)  yang  membuat  kajian  terhadap  kompetensi  pengetua  Malaysia  berdasarkan  aspek
               kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan sekolah. Analisis
               terperinci  dalam  kajian  ini  mendapati  bahawa  ketiga-tiga  responden  iaitu  pengetua,  penolong
               kanan  dan  ketua  bidang  mendapati  bahawa  tahap  skor  min  pengetahuan  pengetua  dalam
               melaksanakan proses pengajaran yang berkesan berada pada tahap sangat tinggi. Kajian ini pula
               berbeza dengan dapatan kajian oleh Nurul Eizzaty Sohaimi, et. al. (2016) yang mendapati bahawa
               tahap keupayaan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap perlaksanaan pentaksiran
               berasaskan sekolah (PBS) masih berada pada tahap sederhana.

               Hubungan Antara Kompetensi Pegagogi Guru Dengan Prestasi Akademik

                      Berdasarkan  ujian  korelasi  Pearson  pada  Jadual  2  menunjukkan  terdapat  hubungan
               signifikan antara kompetensi pedagogi guru dengan prestasi akademik [r=.883, (N=335), p<0.05].
               Keputusan analisis ini menunjukkan bahawa nilai hubungan signifikan yang positif pada tahap
               sangat  kuat  digambarkan  jika  dirujuk  kepada  jadual  interprestasi  Borg  &  Gall  (1983)  antara
               variabel  tersebut.  Oleh  yang demikian, hipotesis  nul yang menyatakan  bahawa tidak terdapat

               hubungan signifikan antara kompetensi pedagogi dengan prestasi akademik dalam kalangan guru
               di sekolah berprestasi rendah secara statistiknya ditolak.


                                                             86
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101