Page 100 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 100
16 - 20 Dibina oleh penyelidik
mengikut keperluan
kajian
Hasil Kajian dan Perbincangan
Keseluruhan kajian melibatkan seramai 109 orang guru novis Geografi yang berkhidmat di
bawah KPM tidak melebihi lima tahun (Jadual 2). Jumlah responden paling ramai mengajar
adalah di zon Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak) iaitu seramai
30 orang (27.5%). Seramai 23 orang responden (21.1%) merupakan guru yang mengajar di zon
Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan). Bilangan responden bagi zon Selatan (Johor,
Negeri Sembilan dan Melaka) dan zon Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah responden
yang sama iaitu seramai 20 orang (18.3%) bagi setiap zon. Manakala, bagi zon Utara (Kedah,
Perlis dan Pulau Pinang) mencatatkan jumlah responden seramai 16 orang (14.8%).
Majoriti responden terdiri daripada guru perempuan iaitu seramai 75 orang (68.8%)
manakala responden lelaki ialah seramai 34 orang (31.2%). Bagi lokasi sekolah pula, seramai
45 orang (41.3%) mengajar di kawasan bandar manakala selebihnya seramai 64 orang (58.7%)
mengajar di kawasan luar bandar. Berdasarkan pengalaman mengajar, seramai 21 orang
(19.3%) mempunyai pengalaman mengajar selama satu tahun. Manakala bagi mereka yang
mempunyai pengalaman mengajar selama dua dan tiga tahun ialah seramai 18 orang (16.5%)
bagi setiap tahun tersebut. Seramai 14 orang (12.8%) daripada 109 orang responden
mempunyai pengalaman mengajar selama empat tahun. Seterusnya bilangan responden yang
mempunyai pengalaman mengajar selama lima tahun ialah 38 orang (34.9%). Kebanyakan
responden kajian ini terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman mengajar selama lima
tahun.
Jadual 2
Profil Responden Kajian
Latar Belakang Responden Bil. (N) Peratus (%)
Zon Timur 23 21.1
Tengah 30 27.5
Selatan 20 18.3
Utara 16 14.8
Sabah dan Sarawak 20 18.3
Jumlah 109 100.0
Jantina Perempuan 75 68.8
Lelaki 34 31.2
Jumlah 109 100.0
90

