Page 97 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 97

seramai  410  orang  guru  sekolah  asrama  penuh  di  zon  Utara,  Timur,  Tengah  dan  Selatan.
               Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi kemahiran penggunaan TMK yang dimiliki
               oleh  guru  berada  pada  tahap  sederhana  tinggi.  Manakala  dapatan  kajian  oleh  Nur  Hayati,
               Zulkarnain dan Rahma (2015) mendapati tahap kemahiran dalam menggunakan elemen TMK
               yang dimiliki oleh guru Geografi di SMA Negeri dan Swasta Kabupaten Pringsewu berada
               pada tahap yang baik.
                       Seterusnya,  kajian  yang  dijalankan  oleh  Erni  (2009)  berkaitan  dengan  kompetensi
               pedagogi dan profesional yang dimiliki oleh 17 orang guru Geografi dari lapan buah SMA
               Negeri  di  Kabupaten  Pati  mendapati  tahap  kemahiran  padagogi  yang  dimiliki  oleh  guru
               Geografi  adalah  sebanyak  72.2  peratus  iaitu  mempunyai  tahap  kemahiran  pedagogi  yang
               tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Jafaruddin (2014) terhadap
               guru-guru di SMAN 1 Kyta Cot Glie Kabupaten Aceh Besar, mendapati tahap kompetensi
               kemahiran dalam aspek pedagogi iaitu membuat perancangan pembelajaran yang dimiliki oleh
               guru di sekolah tersebut berada pada tahap yang baik.

               Kompetensi Ciri-ciri Peribadi

               Komponen  ciri-ciri  peribadi  merangkumi  nilai-nilai  peribadi  dan  tingkah  laku  yang  perlu
               dihayati dan diamalkan oleh pegawai-pegawai awam termasuk guru. Azhari dan Zaleha (2013)
               menyatakan bahawa sikap dan personaliti seperti fleksibel, kecindan, sabar, kreatif, ambil berat
               semangat dan minat dalam pengajaran menyumbang kepada keberkesanan pengajaran guru.
               Keadaan  ini  jelas  menunjukkan  bahawa  personaliti  seseorang  guru  mampu  mempengaruhi
               keberkesanan pengajaran. Sebagai contoh, sekiranya guru menerapkan unsur kecindan ketika
               PdPc maka pelajar lebih berasa seronok untuk belajar. Khairul Anuar (2012), menjelaskan
               personaliti  termasuk  kualiti  peribadi  seseorang  guru  yang  merangkumi  sensitiviti,
               kesungguhan,  perasaan  tanggungjawab,  bertenaga,  berkeyakinan,  berkebolehan  bekerja
               dengan orang ramai dan berkebolehan berkecindan.
                       Kajian Bakhru (2017) merumuskan kompetensi ciri-ciri peribadi  yang dimiliki oleh
               guru amat penting bagi membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran di bilik darjah.
               Ciri-ciri peribadi yang baik membolehkan guru memberikan pengajaran yang berkesan. Antara
               ciri-ciri  peribadi  yang  perlu  dimiliki  oleh  guru  adalah  mempunyai  daya  tahan,  kreativiti,
               kesabaran dan menghiburkan. Kajian berbentuk kuantitatif yang dilakukan oleh Losius, Mohd
               dan Rosy (2016) melibatkan 335 orang guru sekolah berprestasi rendah di bahagian barat dan
               utara Sabah mendapati tahap kompetensi ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh 335 orang guru
               tersebut berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai (Min = 4.11 dan SP = 0.51). Hasil
               kajian yang dijalankan mendapati seramai 244 orang daripada guru tersebut mempunyai tahap
               kompetensi ciri-ciri peribadi yang tinggi manakala sebahagian kecil lagi iaitu seramai 91 orang
               mempunyai tahap kompetensi peribadi yang sangat tinggi. Walaupun kajian ini tidak secara
               khusus dalam konteks guru geografi tetapi cukup mendedahkan kepada khalayak bahawa ciri-
               ciri peribadi guru menjadi kayu ukur semua guru.


               Perbezaan Kompetensi Pengetahuan, Kemahiran dan Ciri-ciri Peribadi berdasarkan
               Pengalaman Mengajar

               Pengalaman mengajar yang dimiliki oleh guru secara tidak langsung akan mempengaruhi tahap
               pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh mereka. Khalid, Zurida, Shuki
               dan  Ahmad  (2009)  dalam  kajian  berkaitan  pengaruh  jenis  latihan  guru  dan  pengalaman
               mengajar terhadap efikasi guru sekolah menengah yang melibatkan 928 orang guru di 22 buah
               sekolah menengah di empat daerah Sabah mendapati guru yang berpengalaman lebih daripada
               tujuh tahun lebih cenderung dalam menghasilkan strategi dan pengurusan kelas yang baik.
                                                           87
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102