Page 98 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 98
Pengalaman yang miliki oleh guru yang mengajar lebih daripada tujuh tahun membuatkan
mereka lebih mahir dalam mengurus kelas mahupun dalam menghasilkan strategi pengajaran
yang baik. Kajian Lane (2015) dalam kalangan 16 orang guru berpengalaman geografi
membuktikan bahawa guru yang berpengalaman sangat membantu dan mengalakkan pelajar
memberi idea dalam proses PdP dan ini seiring dengan keperluan kurikulum Geografi di
Australia.
Kajian yang dijalankan oleh Okas, Marieke dan Krull (2014) yang melibatkan sepuluh
orang guru novis yang mempunyai pengalaman tidak lebih daripada sepuluh tahun dan sepuluh
orang guru berpengalaman yang mempunyai pengalaman mengajar kira-kira 44 tahun. Dapatan
kajian mendapati wujudnya perbezaan di antara dua kumpulan guru tersebut dalam aspek
kompetensi pengetahuan. Guru berpengalaman mempunyai pengetahuan yang lebih luas
tentang kandungan sesuatu mata pelajaran.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan berbentuk soal
selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Kajian melalui soal selidik secara atas talian telah
digunakan. Penggunaan soal selidik atas talian adalah amat menarik kerana ianya merupakan
teknologi masa kini (Mohd & Wahid, 2003). Data yang diperoleh daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (2019), seramai 237 317 orang guru yang berkhidmat di sekolah
menengah di bawah KPM. Daripada 237,317 orang guru tersebut, teknik persampelan rawak
mudah telah digunakan iaitu seramai 109 orang guru novis Geografi telah dipilih untuk menjadi
responden bagi kajian ini. Analisis deskriptif melibatkan maklumat pengiraan menggunakan
tahap, skor min dan sisihan piawai digunakan bagi tahap kompetensi. Analisis ANOVA juga
digunakan dalam melihat perbezaan kompetensi guru berdasarkan pengalaman mengajar yang
dimiliki.
Instrumen Kajian
Pengkaji telah menggunakan satu set borang soal selidik yang telah dibentuk bagi item bagi
setiap pemboleh ubah yang diedarkan kepada 109 orang guru novis Geografi yang di 14 buah
negeri di Malaysia. Instrumen kajian yang dibina ini mempunyai tujuh bahagian (Jadual 1).
Format skala likert yang digunakan ialah skala likert lima poin iaitu (1-sangat rendah, 2-rendah,
3-sederhana rendah, 4 tinggi dan 5-sangat tinggi).
Jadual 1
Sumber Item Soal Selidik Kajian
Bahagian Aspek yang Pemboleh ubah Item Sumber item
dinilai/diukur
Bahagian A Profail Zon 1 - 4 Dibina oleh penyelidik
Responden Lokasi sekolah mengikut keperluan
Pengalaman mengajar kajian
Jantina
88

