Page 103 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 103

Analisis yang dijalankan turut mendapati tahap kemahiran mengurus bilik darjah yang
               dimiliki oleh responden turut berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai (Min = 2.93 dan
               SP = 0.26). Bagi kemahiran mengurus bilik darjah, seramai lapan orang (7.3%) mempunyai
               tahap  sederhana  dalam  kemahiran  mengurus  bilik  darjah  dan  seramai  101  orang  (92.7%)
               mempunyai  tahap  kemahiran  yang  tinggi.  Keadaan  ini  menunjukkan  bahawa  secara
               keseluruhannya tahap kompetensi kemahiran yang dimiliki oleh 109 orang responden berada
               pada tahap sederhana.

               Jadual 4
               Tahap Kompetensi Kemahiran

                     Konstruk       Tahap Rendah   Tahap Sederhana   Tahap Tinggi   Min   SP      Tahap
                                                                                                  Purata

                                    Bil.   Peratus   Bil.   Peratus   Bil.   Peratus

                                    (N)    (%)     (N)      (%)     (N)     (%)
                Kemahiran          0      0       10      9.2     99      90.8    2.91   0.29   Sederhana


                  Kemahiran TMK   0      0       14      12.8    95      87.2    2.87   0.34   Sederhana
                  Kemahiran       0      0       14      12.8    95      87.2    2.87   0.34   Sederhana
                  Melaksanakan
                  PdPc
                  Kemahiran       0      0       8       7.3     101     92.7    2.93   0.26   Sederhana
                  Mengurus  Bilik
                  Darjah



               Tahap Kompetensi Ciri-ciri Peribadi Guru Novis Geografi

               Jadual 5 menunjukkan kompetensi ciri-ciri peribadi dalam kalangan responden mengikut tahap
               mendapati secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai (Min = 2.84
               dan SP = 0.36). Dapatan kajian ini tidak selari dengan kajian Losius et al., (2016) mendapati
               tahap kompetensi ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh 335 orang guru di Sabah berada pada
               tahap yang tinggi iaitu dengan nilai (Min = 4.11 dan SP = 0.51). Bagi konstruk ciri-ciri peribadi
               tiada responden  yang mempunyai kompetensi ciri-ciri peribadi  yang rendah. Analisis yang
               dijalankan  mendapati  seramai  17  orang  (15.6%)  mempunyai  tahap  kompetensi  ciri-ciri
               peribadi yang sederhana manakala selebihnya seramai 92 orang (84.4%) mempunyai tahap
               kompetensi ciri-ciri peribadi yang tinggi. Perwatakan atau ciri-ciri peribadi seperti sabar, ambil
               berat, sentiasa menunjukkan semangat dan minat dalam pengajaran yang dimiliki oleh guru
               amat penting dalam melambangkan personaliti mereka (Azhari & Zaleha, 2013).










                                                           93
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108