Page 104 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 104

Jadual 5
               Tahap Kompetensi Ciri-ciri Peribadi

                   Konstruk      Tahap Rendah       Tahap         Tahap Tinggi    Min    SP       Tahap
                                                   Sederhana                                      Purata

                                  Bil.   Peratus   Bil.   Peratus   Bil.   Peratus

                                  (N)    (%)     (N)     (%)      (N)     (%)

                Ciri-ciri Peribadi   0   0      17     15.6     92      84.4     2.84   0.36   Sederhana



               Perbezaan Kompetensi Pengetahuan, Kemahiran dan Ciri-ciri Peribadi berdasarkan
               Pengalamn Mengajar


               Berdasarkan dapatan analisis ANOVA (Jadual 6) antara konstuk pengetahuan, kemahiran dan
               ciri-ciri peribadi mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara konstruk kompetensi
               pengetahuan,  kemahiran  dan  ciri-ciri  peribadi  dengan  tempoh  pengalaman  mengajar  yang
               dimiliki oleh guru novis Geografi. Analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
               antara kompetensi pengetahuan dengan tempoh pengalaman mengajar pada nilai (F = 1.38 dan
               p = .246). Dapatan ini bercanggah dengan kajian Mohamad Safwandi (2017) yang menyatakan
               bahawa tahap kompetensi pengetahuan yang dimiliki oleh guru novis dan guru berpengalaman
               adalah hampir sama. Guru yang lebih berpengalaman mempunyai pengetahuan isi kandungan
               subjek dan pengetahuan pedagogi subjek yang lebih baik berbanding dengan guru yang kurang
               berpengalaman (Okas et al., 2014).
                       Manakala konstruk kompetensti kemahiran juga menunjukkan terdapat perbezaan yang
               signifikan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar iaitu dengan nilai (F = 2.38 dan p = 0.67).
               Khalid  et  al.,  (2009)  mendapati  faktor  pengalaman  mengajar  guru  cenderung  untuk
               mempenngaruhi  tahap  kemahiran  pengurusan  kelas  yang  dimiliki  oleh  guru.  Keadaan  ini
               menunjukkan semakin lama pengalaman yang dimiliki oleh guru, maka tahap kemahiran yang
               dimiliki oleh mereka juga akan lebih baik. Seterusnya, aspek konstruk kompetensi ciri-ciri
               peribadi  adalah  signifikan  dengan  nilai  (F  =  3.712  dan  p  =  0.07)  berdasarkan  tempoh
               pengalaman mengajar.


















                                                           94
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109